Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

5) MANFAAT EKONOMI DARI PERANAN MALAYSIA SEBAGAI KEPENGERUSIAN ASEAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil manfaat dari peranan Malaysia sebagai Kepengerusian ASEAN 2025 dalam konteks menarik pelaburan dan perdagangan serta mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai hub ekonomi serantau?

    Perkara berkait Kepengerusian Malaysia – ASEAN pada tahun 2025 bukan sahaja mendapat perhatian ramai dalam kalangan rakyat umum, tetapi juga para Ahli Dewan Negeri.

    Saya mohon izin untuk menerangkan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang bersama Soalan Nombor 91 daripada Yang Berhormat Rawang, Soalan Nombor 126 oleh Yang Berhormat Meru, dan Soalan Nombor 297 daripada Yang Berhormat Bukit Lanjan.

    Sebelum tahun ini, kali terakhir Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN adalah 10 tahun lalu, iaitu pada tahun 2015.

    Sejak itu, negara-negara dalam rantau ini telah melalui pelbagai detik cabaran dan pembaharuan dalam tempoh masa sedekad.

    Kali ini, Kepengerusian Malaysia – ASEAN berasaskan tema dengan izin ‘Inclusivity and Diversity’, sedikit sebanyak diilhamkan oleh peralihan pendekatan ASEAN dari dengan izin neutrality kepada centrality yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

    Selain daripada menjadi hos kepada Selangor ASEAN Business Conference yang akan berlangsung pada Oktober ini dan merupakan salah satu daripada sekurang-kurangnya 323 pertemuan dan mesyuarat rasmi ASEAN sepanjang tahun ini, Kerajaan Negeri sedang

    Di samping itu, Kerajaan Negeri akan memanfaatkan sepenuhnya Tahun Melawat Selangor 2025 dengan memberi perhatian dan fokus khusus kepada delegasi rasmi dari negara-negara jiran di dalam ASEAN, serta menjalankan libat urus bersama operator- operator pelancongan di negara-negara ASEAN supaya Selangor diletakkan sebagai poin utama untuk menggalakkan lebih ramai pelancong dari ASEAN untuk hadir ke Selangor.

    Malah pagi tadi, saya telah mengunjungi Showcase Tahun Melawat Selangor 2025 di Foyer Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan usaha-usaha ini akan digerakkan juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, serta Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Skypark, Subang.

    Selain daripada memanfaatkan aspek pelancongan yang sudah pasti membawa faktor spillover positif kepada para pengusaha pelancongan serta pengusaha sektor makanan dan minuman (F&B), Kerajaan Negeri turut mengetengahkan usaha yang bersifat lebih makro seperti Dasar Speed Selangor yang bakal dilancarkan pada suku kedua tahun 2025.

    Dasar ini akan memberikan impak positif dan mengoptimumkan masa dari segi semakan dan kelulusan bagi pelabur sama ada dari negara luar ataupun negeri luar yang ingin bertapak di Selangor, terutamanya di kawasan perindustrian terancang.

    Para pelabur bakal menikmati penjimatan tempoh urusan dengan Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan sekurang- kurangnya dari 3 bulan kepada 14 hari serta pemberian lesen perniagaan dalam tempoh 24 jam selepas Certificate of Completion and Compliance diberikan serta syarat-syarat lain ditepati.

    Tambahan kepada itu, Kerajaan Negeri akan lebih aktif melalui agensi serta Invest Selangor dan kerjasama MITI untuk memanfaatkan sepenuhnya ASEAN Digital Economy Framework dan Green Investment Strategy yang dalam proses akhir untuk dimuktamadkan pada tahun ini.

    Malah, ASEAN China Free Trade Area (ACFTA) juga dalam proses akhir untuk ditingkatkan nilainya untuk meliputi NTB ataupun dengan izin non-tariff barriers, termasuk menggalakkan syarikat- syarikat terutamanya dalam kategori mikro, kecil, dan sederhana untuk lebih terbuka menepati piawaian ESG agar mendapat akses kepada pasaran yang lebih luas seperti Eropah.

    Kerajaan Negeri mendorong syarikat-syarikat yang bertapak di Selangor terutamanya dalam kategori MSME untuk pantas beralih dan menepati piawaian ESG dan pentadbiran ini bersedia membantu syarikat-syarikat ini dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui MITI.

    Usaha ini sudah pasti penting di samping Kerajaan Negeri bergiat secara lebih aktif menceburi industri semikonduktor melalui Malaysia IC Design Park 1 di Puchong, serta Fasa Kedua yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

    Selain daripada aspek-aspek ini, Kerajaan Negeri juga mengambil serius faktor kelangsungan perniagaan dan kepentingan perkara- perkara utama seperti perkhidmatan air 24 jam kepada rakyat dan industri.

    Bagi mengatasi henti tugas loji rawatan air disebabkan pencemaran air sungai, Skim Jaminan Air Mentah telahpun direalisasikan sepenuhnya dan beroperasi bagi mengelakkan pencemaran efluen di sungai mengalir ke loji rawatan air dengan digantikan dengan air untuk dirawat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.