Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

293) MAKTAB KELAS TAHFIZ SAINS DI BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BAGAN TERAP,SABAK BERNAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah pelajar-pelajar yang ada akan mula belajar di bangunan tersebut?

    Bangunan MITS Bagan Terap dijangka boleh digunakan oleh pelajar pada tahun 2015.

  2. Berapakah kos membaik pulih bangunan-bangunan tersebut?

    Kos yang telah dianggarkan oleh pihak JKR Selangor ialah sebanyak RM4 juta . Sekarang proses penyediaan dokumen tender sedang dilaksanakan bagi memastikan kerja dapat dimulakan pada tahun ini juga.

  3. Berapakah pelajar dan tenaga pengajar yang telah terpilih untuk program tersebut?

    Pada Tahun 2014 jumlah pelajar MITS Bagan Terap seramai 260 orang,jumlah tenaga pengajar pula seramai 46 orang

Lampiran

Tiada Lampiran.