Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

83) MAKSUD “TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN YANG DIBAJET”

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tunggakan cukai taksiran yang dibajet untuk tahun 2020 oleh MPKL ialah RM6 juta. Berapakah jumlah keseluruhan tunggakan sehingga sekarang? Apakah maksudnya "tunggakan cukai taksiran yang dibajet" kerana tunggakan merupakan semua wang yang perlu dikutip untuk tahun 2019 dan tahun-tahun sebelumnya tetapi belum dikutip, dan ianya tidak perlu dicatat sebagai "Tunggakan cukai taksiran yang dibajet"?

    Jumlah keseluruhan tunggakan cukai MPKL sehingga 31 Disember 2020 adalah sebanyak RM11,640,797. MPKL telah mengenalpasti 50% akaun-akaun tertunggak yang tegar ini antaranya adalah pada harta-harta yang bermasalah seperti akaun-akaun yang telah diserahkan kepada peguam untuk diambil tindakan perundangan, projek perumahan terbengkalai, rumah-rumah dan kedai-kedai tinggal dan usang, pegangan-pegangan yang tidak dapat dikenalpasti pemilikan, harta yang mempunyai kes-kes mahkamah dan pemilik yang mempunyai masalah kewangan yang serius.

    Tunggakan cukai taksiran yang dibajetkan bermaksud sasaran yang dijangka boleh dikutip oleh MPKL pada tahun semasa. Usaha-usaha berterusan dibuat MPKL bagi mengutip tunggakan cukai taksiran terkumpul. Sehingga 30 Jun 2021 tunggakan cukai terkumpul MPKL menurun kepada RM7,252,718.

    MPKL menetapkan sasaran pada tunggakan cukai taksiran setiap tahun adalah untuk mengimbangi bajet MPKL di mana setiap hasil yang mampu dikutip dapat mengimbangi perbelanjaan yang dibuat. Ini adalah bagi memastikan MPKL mempunyai rizab yang mencukupi untuk meneruskan operasi jika hasil kurang dikutip

Lampiran

Tiada Lampiran.