Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

63) MAKLUMAT MAJLIS TINDAKAN OKU SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan ahli-ahli jawatankuasa serta portfolio bagi mereka yang berada dalam Majlis Tindakan OKU Selangor

    Majlis Tindakan OKU Selangor (MTOS) telah ditubuhkan pada tahun 2018 yang berperanan menyelia pelaksanaan dasar OKU, membuat syor tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan OKU seperti sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan masyarakat OKU di Selangor dengan senarai ahli jawatankuasa seperti berikut :-

  2. Berapakah mesyuarat yang telah dijalankan selepas penubuhan Majlis Tindakan OKU ini?

    Majlis Tindakan OKU Selangor telah melaksanakan perbincangan mesyuarat sebanyak lima (5) kali, iaitu empat (4) kali pada tahun 2019 dan sekali pada tahun 2020 dengan senarai tarikh mesyuarat seperti berikut :-

  3. Berapakah warga OKU yang berdaftar di bawah Negeri Selangor dan DUN Bandar Utama? Sila senaraikan maklumat nama dan cara berhubung bagi OKU di bawah DUN Bandar Utama.

    Merujuk kepada Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU), Kad Orang Kurang Upaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Selangor sehingga 29 Februari 2020, seramai 88,827 Orang Kurang Upaya (OKU) telah didaftarkan di Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, seramai 921 OKU adalah dari DUN Bandar Utama.  Pecahan kategori OKU bagi DUN Bandar Utama adalah seperti berikut:

    Bagi mendapatkan maklumat senarai nama dan cara berhubung OKU yang berdaftar, Ahli Yang Berhormat boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor kerana ianya melibatkan kerahsiaan klien Jabatan.[Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor]

Lampiran

Tiada Lampiran.