Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

123) MAKLUMAN DAN PENGESAHAN RASMI BERKAITAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA OLEH PIHAK KONTRAKTOR LANTIKAN PDT DARI PENGERUSI JPKK/MPKK

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah tiada pemakluman dari pihak kontraktor Pejabat Daerah / Persekutuan kepada Ketua Kampung semasa bermulanya pelaksanaan sesuatu kerja kontrak di kawasan kampung?

    Pelaksanaan semua projek oleh Pejabat Daerah adalah berdasarkan kelulusan peruntukan oleh Kerajaan Negeri melalui permohonan Ketua Kampung kepada Pejabat Daerah. Justeru, Pejabat Daerah sentiasa memastikan pelaksanaan projek oleh pihak kontraktor berada di dalam pengetahuan Ketua Kampung, seperti melalui lawatan tapak sebelum kerja-kerja dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah di luar bidang kuasa Pejabat Daerah memandangkan pelantikan kontaktor dibuat di peringkat Persekutuan.

  2. Mengapakah pengesahan secara rasmi dari Ketua Kampung untuk memastikan kerja-kerja kontrak telah siap sepenuhnya tidak dijadikan sebahagian dari prosedur kerja-kerja kontrak yang dijalankan pihak kontraktor Pejabat Daerah di dalam kawasan sesuatu kampung?

    Setiap projek yang meletakkan Pejabat Daerah adalah sebagai pelaksana, setelah siap akan dinilai oleh Pejabat Daerah agat mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Borang ‘Kepuasan Pelanggan’ kemudiannya hendaklah ditandatangai oleh Ketua Kampung sebagai pengesahan rasmi, sekiranya prestasi kerja oleh pihak kontraktor adalah dipersetujui dalam keadaan baik da memuaskan. Sekiranya, prestasi kerja tidak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan, pihak kontraktor akan diminta oleh Pejabat Daerah untuk menambahbaik kerja-kerja tersebut sebelum Borang ‘Perakuan Siap Kerja’ ditandatangani pihak kontraktor dan Pejabat Daerah bagi proses pembayaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.