Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

256) MAKLUM BALAS KEROSAKAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Aduan jalan rosak kini semudah ABC melalui pelbagai aplikasi termasuk platform Twitter dan Facebook. Adakah pihak JKR terutama PBT mempunyai keupayaan menyelesaikan aduan jalan rosak ini dengan kadar segera?

    SPBT

    Yang Berhormat sekalian, bagi aduan kerosakan jalan seperti pothole, JKR Selangor di bawah Kontrak Jangka Panjang (KJP) telah melantik konsesi bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan seperti kerja tampalan jalan sementara yang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan rasmi dari platform Facebook, X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) bersama hashtag #INFRASEL #NamaJalan #Daerah dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’. Kemudian, pihak JKR akan melaksanakan kaedah tampalan ‘Hot Mix’ yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hari. Manakala bagi PBT, kemampuan untuk menyelesaikan aduan jalan rosak dengan kadar segera adalah bergantung kepada kemampuan kewangan PBT masing-masing dan tertakluk kepada peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

    JKR

    Bagi aduan kerosakan jalan seperti ‘pothole’, JKR Selangor di bawah Kontrak     Konsesi telah melantik konsesi bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan. Kerja penampalan sementara akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam apabila ia dikenal pasti dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’ supaya keselamatan pengguna terjamin. Tampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 Hari dengan menggunakan bahan turapan ‘Hot Mix’.

  2. Apakah piagam pelanggan JKR dan PBT dalam menangani aduan kerosakan infrastruktur?

    SPBT

    Antara Piagam Pelanggan JKR dalam menyelesaikan aduan berhubung pengurusan aset infrastruktur adalah seperti berikut:-

    1. Tindakan pembaikan sementara bagi kerosakan ‘pothole’ dalam masa 24 jam;
    2. Tindakan pembaikan kekal bagi kerosakan ’pothole‘ dalam masa tiga (3) hari;
    3. Sekiranya berlaku keadaan yang menggangu lalu lintas atau keselamatan awam seperti pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan yang akan diambil dalam masa 24 jam; dan
    4. Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media 3 hari sebelum kerja-kerja pembaikan dijalankan.

    Manakala Piagam Pelanggan PBT dalam menyelesaikan aduan berhubung pengurusan aset infrastruktur adalah seperti berikut:-

    JKR

    Piagam pelanggan berhubung aduan berkaitan pengurusan aset  infrastruktur bagi JKR adalah seperti berikut:

    1. Tindakan pembaikan sementara lubang-lubang (potholes) – 1 hari
    2. Tindakan pembaikan kekal akan dilaksanakan selepas dikenal pasti atau aduan diterima – 3 hari
    3. Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalu lintas ataukeselamatan awam, seperti pokok tumbang atau tanah runtuh, tindakan akan diambil selepas dikenal pasti atau aduan diterima – 24 jam
    4. Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sebelum kerja-kerja dijalankan – 3 hari

Lampiran

Tiada Lampiran.