Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
271) MAKANAN HALAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan tidak berlaku penjualan makanan yang menggunakan logo halal yang tidak sah?
Tindakan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan tidak berlaku penjualan makanan yang menggunakan logo halal yang tidak sah ialah:
- Menguatkuasakan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
- Pihak JAIS juga turut melaksanakan sesi libat urus bersama pihak pemilik pasaraya di Negeri Selangor dalam memastikan pembekal untuk bekalan produk pasaraya mengisytiharkan dan mengemukakan sijil halal.
- Kerajaan Negeri melalui JAIS telah melaksanakan program-program berkaitan halal bagi memberi pendedahan dan pengetahuan berhubung pensijilan halal dan logo halal. Antara program yang telah dilaksanakan ialah Seminar Kesedaran Halal dan Townhall Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana.
-
Senaraikan berapakah jumlah tangkapan dan denda yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2023 sehingga kini?
Terdapat beberapa bentuk kesalahan di bawah bidang kuasa JAIS dan boleh diambil tindakan oleh pihak JAIS berkaitan mempamerkan status halal tanpa sijil halal yang sah, antaranya di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 yang memperuntukkan kesalahan membuat apa-apa bentuk representasi halal dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang memperuntukkan kesalahan berkaitan menandakan logo halal tanpa kebenaran pihak JAIS. Tindakan yang telah diambil berdasarkan 2 peruntukan ini pada tahun 2023 dan 2024 ialah seperti berikut:
KATEGORI KESALAHAN 2023 2024 Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 56 41 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 87 103 Jumlah 143 144