Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

21) MAKAM SAIYID MASHOR DI KERLING

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Makam Saiyid Mashor di Kerling telah diwartakan sebagai tapak warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Jika ya, nyatakan butir-butir.

    Makam Saiyid Mashor di Kerling telah diwartakan di bawah Akta Benda Purba 1976 pada 11 September 1980 dengan Warta P.U (A) 261.

  2. Status terkini kerja-kerja konservasi dan naik taraf Makam Saiyid Mashor tersebut.

    Makam berada dalam keadaan baik dan dijaga oleh waris-waris Saiyid Mashor.

  3. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan Makam Saiyid Mashor sebagai tempat warisan sejarah yang mudah dikunjungi oleh pelancong memandangkan jalan keluar-masuk ke makam tersebut kurang lengkap dan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan?

    Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor pada setiap tahun memohon peruntukan ke Jabatan Warisan Negara bagi peruntukan konservasi dan membangunkan kawasan berkenaan. Namun permohonan berkenaan masih belum diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.