Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

75) MAKAM ANAK DARA TANJUNG KERAMAT KUALA SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejumlah RM127,365.00 diperuntukkan bagi kerja menaik taraf di Makam Anak Dara, Tanjung Keramat Kuala Selangor. Nyatakan nama syarikat kontraktor yang menjalankan kerja naik taraf?

    Syarikat Rambai Construction

  2. Senaraikan spesifikasi secara lengkap kerja naik taraf yang dilakukan?

    Spesifikasi secara lengkap kerja naik taraf yang dilakukan adalah seperti berikut:

    • Menggantikan tangga kayu sediada kepada tangga batu (konkrit)
    • Mengganti bumbung asbestos kepada bumbung metal deck
    • Membalut tiang dengan batu gunung
    • Memasang mosek di keseluruhan tangga
    • Mengganti pagar keselamatan kepada pagar galvanise
    • Memasang papan tanda petunjuk arah
    • Melebarkan ruang meletak kenderaan
    • Membaikpulih makam sediada

     

Lampiran

Tiada Lampiran.