Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
224) MAJU HALAL INTERNATIONAL SELANGOR (MHIS)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan ahli lembaga pengarah serta jawatankuasa MHIS
Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. berpendapat bahawa Maju Halal International Selangor yang dimaksudkan adalah Majlis Halal International Selangor (Majlis HIS).
- Organisasi Majlis HIS adalah seperti berikut :-
- Pengerusi:
- YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
- Dato’ Menteri Besar Selangor
- Timbalan Pengerusi Bersama:
- Y.B Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi
- Y.B Dato’ Teng Chang Khim
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana dan Pengangkutan
- Urusetia
- Invest Selangor Berhad
- Ahli-Ahli Majlis:
- Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan)
- Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama DiRaja Mufti Selangor
- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Federation of Malaysia Manufacturers (FMM)
- Aalaysia Investment Development Authority (MIDA)
- Malaysia Trade Develeopment Corporation (MATRADE)
- Jabatan Standard Malaysia
- Ketua Pegawai Operasi, Aspire Flagship Sdn. Bhd.
- Ketua Pegawai Eksekutif, Central Spectrum (M) Sdn. Bhd.
- Universiti Selangor (UNISEL)
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
- Nestle (Malaysia) Berhad
- POK Brothers Sdn. Bhd.
- Westports Malaysia Sdn. Bhd.
- Menteri Besar Incorporated Selangor (MBI Selangor)
- Persatuan Eksekutif Halal Malaysia (PEHMA)
-
Apakah strategi dan kajian yang dijalankan oleh MHIS?
Strategi dan kajian yang dijalankan oleh MHIS:
- Mempertingkatkan eko-sistem dan pelaburan berkaitan dengan perdagangan dan industri halal.
- Menjana peluang pekerjaan dan penubuhan institusi bertaraf global dalam sektor industri halal di Selangor.
- Menarik pelaburan langsung asing ke negeri Selangor khasnya dari sektor industri halal.
- Menyediakan satu landasan ke arah kesediaan dan keupayaan Kerajaan dan Negeri Selangor untuk menjadi juara ‘Nexus’ dan ‘Global Nation State’ industri dan dagangan halal (Halalan Toyyiban).
- Memberi nasihat dalam proses penilaian dan pelaksanaan inisiatif dan program/projek Halal International Selangor.