Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
20) MAJLlS DAERAH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Syarikat Alam Flora telah dilantik untuk membekalkan perkhidmatan membuang sampah, penjagaan longkang dan rumput di Negeri Selangor. Namun begitu, masih ada banyak rungutan daripada orang ramai mengenai sampah sarap yang tidak dikutip yang mengakibatkan longkang tersumbat menyebabkan kejadian banjir yang berleluasa dewasa ini. Apakah sistem pemantauan yang digunakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk melancarkan lagi perkhidmatan ini tanpa masalah?
Beberapa langkah telah diguna pakai dalam melakukan pemantauan secara
berterusan terhadap segala perkhidmatan yang telah diberikan oleh Alam Flora
Sdn Bhd (AFSB).i. AFSB dimestikan untuk memberikan laporan kepada PBT berhubung
prestasi kerja dan apa-apa keperluan untuk makluman PBT,ii. AFSB dan pihak Majlis mempunyai penyelia kawasan mengikutzon untuk
memantau kebersihandan aduan terhadap perkhidmatanyang diberikan,iii. Setiap penyelia akan membuat laporan bulanan kawasan kontraktor dan
menyerahkan laporan tersebut kepada AFSB dan seterusnya kepada
PBT, daniv. PBT akan memberikan NTC ( Notice To COffect) dan NTB ( Notice To
Back Up ) kepadaAlam Florajika terdapat sebarang masalah. -
Berapa banyak yang telah dibayar oleh Majlis Daerah Kuala Selangor kepada Syarikat Alam Flora pada tahun 2006 dan 2007?
Pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah membuat bayaran sejumlah
RM1,143,708.60 pada tahun 2006 menggunakan peruntukan MDKS dan pada
tahun 2007 dengan bantuan peruntukan dari Kerajaan Negeri, MDKS membayar sebanyak RM 3,000,000.00 -
Bagaimanakah cara untuk memperbaiki lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan sekarang ini?
Antara cadangan difikirkan sesuai untuk memperbaiki perkhidmatan di masa akan datang adalah seperti berikut:-
i. PihakAFSB dapat menyediakan lori-Iori tambahan jika berlaku kerosakan
terhadap lori-Iori yang sedia ada.ii. AFSB dapat menyelia kerja-kerja kontraktor-kontraktor mereka agar
dapat memberikan perkhidmatanyang terbaik.iii. Kontraktor-kontraktor AFSB diberikan latihan berterusan dan
pembahagian kawasan yang lebih keeil agar perkhidmatan yang lebih
fokus dapat diberikan.iv. Digalakkan agar setiap PBT mempunyai talian HOTLINE untuk
melaporkan segala aduan berkaitan dengan masalah perkhidmatan oleh
AFSB.