Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
43) MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR HOLDINGS SDN BHD (MSNS)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tujuan dan matlamat penubuhan MSNS?
- MSNS Holdings Sdn Bhd (MSNSH) telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan telah mula aktif sepenuhnya pada tahun 1995 sebagai satu cabang pelaburan Majlis Sukan Negeri Selangor. Matlamat utama penubuhan syarikat pada ketika itu adalah untuk menjana perolehan bagi membantu sumber kewangan Majlis di samping membantu peningkatan dan pembangunan infrastruktur sukan peringkat
Walau bagaimanapun, semenjak pengambilalihan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) pada Julai 2009, skop MSNSH lebih tertumpu kepada mengurus dan mengendalikan aset-aset seperti Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Carlton Holiday Hotel & Suites, Pusat Akuatik Darul Ehsan, Kompleks Sukan Sukses, Seksyen 6, Kompleks Sukan Lawn Bowl, Seksyen 13, rumah kedai serta ruang pejabat.
MSNSH juga merupakan pemegang Hak cipta Intelek bagi jenama SUKSES sejak tahun 2005 lagi. Antara produk SUKSES yang dijual adalah seperti pakaian dan peralatan sukan.
Di samping itu, aktiviti perniagaan MSNSH juga merangkumi kepada pengurusan acara terutamanya acara yang berkaitan dengan sukan seperti karnival sukan, penyewaan gelanggang dan “outdoor” games.
-
Berapakah modal permulaan yang diberikan kepada MSNS dan Apakah sumbangan MSNS yang signifikan kepada negeri setakat ini?
- Modal permulaan yang diberikan oleh Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor berjumlah RM1,000,000 sebagaimana berikut :-
MODAL
TARIKH NO. RUJ KETERANGAN JUMLAH(RM) Dis 1994 Modal 2.00 TARIKH NO. RUJ KETERANGAN JUMLAH(RM) 25/11/1994 BBMB162914 Modal Berbayar Syarikat 100,000.00 26/01/1995 BBMB170742 Modal Berbayar Syarikat 399,998.00 31/12/2000
JV55/00
Pinjaman ditukarkan ke modal berbayar syarikat 500,000.00
JUMLAH (RM) 1,000,000.00 Sumbangan MSNSH yang signifikan kepada negeri adalah :-
Ketika bersama MSN Selangor, MSNSH bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus dan mengendalikan hal-hal berkaitan logistik, penginapan, makan & minum serta pakaian untuk Kontinjen SUKMA, Selangor.
Selain daripada itu, pada tahun 2009 dan 2010, MSNSH telah membantu Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) dalam menguruskan acara-acara sukan seperti Futsal Edisi Piala Dunia serta menguruskan Emolumen dan aktiviti SBNS sebelum SBNS disatukan dengan Majlis Sukan Negeri Selangor.
Bermula pada 1hb Disember 2011, MSNSH telah diberi mandat oleh Kerajaan Negeri untuk menguruskan Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di mana MSNSH menganjurkan acara-acara seperti perkahwinan, Makan Malam serta acara-acara melibatkan Jabatan-jabatan kerajaan dan kerajaan negeri.
-
Siapakah pengarah, pemegang saham dan pengurusan MSNS serta kelayakan mereka?
- Berikut adalah maklumat Pengarah, Pemegang Saham dan Pengurusan MSNSH serta kelayakan adalah sebagaimana berikut :-
No. Nama Pengarah Jawatan 1. Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari ADUN (Batu Caves) 2. Y.B. Dato’ Noordin Bin Sulaiman Pegawai Kewangan Negeri 3. Dato’ Tarmedi Bin Hj. Omar Timbalan SUK (Khidmat Pengurusan) 4. Tn. Mohd Azizi Bin Mohd Zain YDP Selayang No. Maklumat Pemegang Saham Jumlah Saham Peratusan Pemilikan 1. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) RM 1,000,000 100% No. Maklumat Pengurusan MSNSH Jawatan Kelayakan 1. En. Rohaidi Bin Tugiro Pengurus Besar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Universiti Bolton, UK. 2. Pn. Mudirah Binti Muhammad Nor Pengurus Pentadbiran & Kewangan / Setiausaha Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (kep) – UiTM , Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA)
3. En. Normizan Bin Mohd Noh Pen. Pengurus Pengurusan Harta & Pembangunan Perniagaan Ijazah Sarjana Muda Perakauan (kep) – UPM