Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
108) MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Majlis Sukan Negeri dan senaraikan seluruh Ahli Lembaga Pengarah serta huraikan bagaimanakah kedudukan kewangan semasa?
- Majlis Sukan Negeri telah ditubuhkan di bawah akta Majlis Sukan Negara (1971), pindaan 1979 mengikut Jadual Kedua Pindaan 1988. Akta tersebut telah menjelaskan agar Majlis Sukan Negeri hendaklah ditubuhkan di setiap negeri dan peruntukanperuntukan dalam Jadual Kedua hendaklah berkuat kuasa.
Jadual Kedua tersebut antaranya menjelaskan bahawa pengurusan Hal Ehwal Majlis adalah terletak hak pada Jawatankuasa Pengurus bukan Ahli Lembaga Pengarah seperti yang ditanyakan. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengurus ini dibuat mengikut peruntukkan di Jadual Kedua akta tersebut. Walaupun Pengerusi Majlis masih kosong akibat tidak dilantik oleh Menteri, operasi harian dan pentadbiran Majlis masih boleh diteruskan di bawah kendalian Jawatankuasa Pengurus yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Menteri Besar.
Senarai penuh Jawatankuasa Pengurus yang dilantik bagi sesi 2009/2010 adalah seperti berikut:-
1.
Y.B. Tuan Amirudin bin Shari
ADUN Batu Caves
Timbalan Pengerusi I
2.
Y.B. Dato’ Ramli bin Mahmud
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Timbalan Pengerusi II
3.
Tuan Hj. Mohd Zubir bin Hj. Idrus
Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor
Setiausaha
4.
Y.B. Dato’ Mohd Arif bin Ab. Rahman
Pegawai Kewangan Negeri Selangor
AJK
5.
Y.Bhg. Dato’ Noordin bin Sulaiman
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)
AJK
6.
Y.Bhg. Dr. Zahri bin Aziz
Pengarah Pelajaran Negeri Selangor
AJK
7.
Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan
Pengarah Belia & Sukan Negeri Selangor
AJK
8.
Y.Bhg. Dato’ Zainal Abidin bin Azim
Pengerusi Majlis Sukan Daerah Gombak
AJK
9.
Y.Bhg. Dato’ Hassan Nawawi bin Abdul Rahman Pengerusi Majlis Sukan Daerah Hulu Langat
AJK
10.
Y.Bhg. Dato’ Hj. Amiruddin bin Hj. Mohd Radzi Presiden Persatuan Tinju Amatur Selangor
AJK
11.
Y.Bhg. Dato’ (Dr.) Lam Peng Chong
Presiden Persatuan Bola Tampar Selangor
AJK
12.
En. Kula Chelliah
Presiden Persatuan Gimnastik Amatur Selangor
AJK
13.
Y.B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad
Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor
AJK
Sehingga 31 Mei 2009, Majlis mempunyai baki tunai di bank berjumlah RM7,125,919.51. Selain dari itu, Majlis mempunyai simpanan tetap berjumlah RM 2,081,808.17. Kedudukan kewangan semasa Majlis sehingga 31 Mei 2009 berjumlah RM9,207,727.68.
-
Sila nyatakan berapakah jumlah tunggakan hutang MSN yang masih belum dilangsaikan kepada Kerajaan Negeri Selangor sehingga bulan Jun tahun 2009
Pada 01/01/2009, Majlis mempunyai tanggungan yang belum dijelaskan kepada Kerajaan Negeri sejumlah RM 1,506,666.67. Jumlah ini adalah pendahuluan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSKS) bagi membiayai sebahagian tuntutan yang dikemukakan oleh Worldwide Holdings Bhd bagi projek pembangunan di Seksyen 13, Shah Alam. Projek pembangunan yang dimaksudkan meliputi pembinaan Pusat Akuatik Darul Ehsan, Bangunan Hostel dan Pejabat Majlis dan Kompleks Tenis.
Majlis telah menerima bayaran akhir daripada Kerajaan Negeri bagi pendahuluan projek pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam pada 30/04/2009 yang lalu. Jumlah yang diterima adalah sebanyak RM 4,336,955.10 Tanggungan Majlis kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM 2,149,711.57 yang belum diselesaikan telah ditolak dan dijelaskan sepenuhnya.
Selain dari jumlah tanggungan yang dinyatakan dan telah dijelaskan, Majlis tidak mempunyai sebarang tanggungan lain kepada Kerajaan Negeri.
-
Sila nyatakan keluasan tanah yang masih dimiliki oleh MSN sehingga tahun 2009. Sila berikan butir-butir
Senarai hartanah yang masih di atas nama MSN Selangor adalah meliputi kawasan pembangunan oleh TTDI Jaya di Seksyen 13, Shah Alam, (termasuk kawasan Kompleks Sukan Shah Alam), Worldwide Holdings Berhad, Seksyen 13. dan Mahsing Properties (Sungai Buluh/Kota Damansara).
Walau bagaimanapun, semua hartanah tersebut sebenarnya telah di bangunkan, sama ada secara usaha sama (TTDI & Worldwide Holdings) dan juga telah dijual (Mahsing Properties). Proses pertukaran nama terhadap hartanah ini juga sedang berterusan apabila berjalan.
Buat masa ini, hartanah yang dimiliki MSNS adalah :
- Lot PT 438, Seksyen 6 (12,419.84 meter persegi)
Alamat Penuh ;
Pusat Sukan MSNS Sekyen 6
Jln. Cenderawasih Cenderawasih 6/7
Seksyen 6, 40000 Shah Alam
- Lot PT 1088, seksyen 13 (37,080 meter persegi)
Alamat Penuh;
Bangunan Pusat Akuatik Darul Ehsan & Carlton Hotel
Jln. Aerobik 13/43, Seksyen 13
40100 Shah Alam. Selangor