Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

5) MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan kedudukan kewangan terkini MSN.

    Penyata Kewangan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) sehingga 31 Disember 2016, mencatatkan kedudukan kewangan MSN seperti berikut :

    Aset    
         
    Aset Bukan Semasa 16,683,045.00  
    Aset Semasa 9,779,750.00  
    Jumlah   26,462,795.00
         
    Liabiliti   24,133,012.00
         
    Aset mengatasi liabiliti   2,329,784.00

    Dari segi peruntukan kewangan yang diterima pula, sehingga 30 Jun 2017, MSN telah menerima sejumlah RM5,650,000.00 dari KNS dan MSN telah berbelanja sebanyak RM5,474,785.18 iaitu 31.80% dari jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada MSN untuk tahun 2017.

  2. Sila nyatakan berapakah peruntukan tahunan yang diperolehi oleh MSN daripada KNS dan apakah sumber pendapatan alternatif MSN?

    Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) menerima peruntukan tetap dari Kerajaan Negeri Selangor setiap tahun. Jumlah peruntukan yang diperolehi bergantung kepada keperluan semasa dan juga program dan aktiviti yang dirancangkan.  Sebagai contoh bagi tahun 2017, peruntukan yang diluluskan kepada pihak MSN Selangor adalah seperti berikut :

    Belanja Mengurus RM 5,650,000.00
    Belanja Pembangunan RM 11,570,000.00
    Jumlah RM 17,220,000.00

    Selain dari peruntukan Kerajaan Negeri Selangor, MSN tidak mempunyai sumber pendapatan lain yang ketara.

  3. Sila senaraikan nama ahli lembaga pengarah terkini MSN

    Berikut adalah senarai ahli Lembaga Pengarah terkini Majlis Sukan Negeri Selangor.

     

    BIL

     

    JAWATAN

     

    NAMA

     

    1.

     

    Pengerusi

     

    Y.B. Tuan Haji Amirudin Bin Shari

    Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (EXCO)

    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan Dan Pembangunan Usahawan.

     

     

    2.

     

    Timbalan Pengerusi

     

    I). Setiausaha Kerajaan Negeri

     

     

     

    II).                        –

     

     

     

    Y.Bhg. Dato’ Mazalan bin Md Noor

    Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan)

    (wakil tetap YB Dato SUK).

     

    Y.Bhg. Dato’ Mohd Yasin Bin Mohd Salleh

    Mantan Ketua Setiausaha

    Kementerian Belia dan Sukan.

     

     

    3.

     

    Empat (4) orang wakil dari Persatuan Sukan Negeri

     

     

    i).   Puan Helen Chang

    Setiausaha

    Persatuan Renang Amatur Negeri Selangor

     

    ii).  Y.Bhg. Dato’ Mohd Aini Bin Taib

    Presiden Tenpin Boling Negeri Selangor

     

    iii). Encik Amrun Bin Misnoh

    Setiausaha

    Lumba Basikal Negeri Selangor

     

    iv). Tuan Haji Azahari Bin Sairin

          Setiausaha

    Persatuan Petanque Negeri Selangor

    (Telah Meninggal Dunia)

     

     

    4.

     

    Dua (2) orang wakil dari kalangan Pengerusi  Majlis Sukan Daerah (MSD)

     

    i).   Y.Bhg. Dato’ Mohd Azizi Bin Mohd Zain

    Dato Bandar

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya

     

    ii).  Y.Bhg. Dato’ Puasa bin Mohamad Taib
          Yang Dipertua

    Majlis Perbandaran Sepang

     

     

    5.

    Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri atau wakilnya  

    Tuan Haji Mohd Salleh Bin Mohd Kassim

    Pengarah

    Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

     

    6.

     

    Pengarah Kewangan Negeri atau wakilnya

     

    Encik Mohd Redzuan Bin Hasan

    Bendahari Negeri SelangoR

     

    7.

     

    Pengarah Belia dan Sukan Negeri atau wakilnya

     

    Encik Mohd Nor Bin Md Said

    Pengarah

    Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor

     

    8.

     

    Tiga (3) orang lain yang boleh memberi sumbangan terhadap kemajuan sukan Negeri Selangor

     

     

    i).  YBhg. Dato’ Azmie Bin Diron

    Pengarah UPEN

     

    ii).  Y.Bhg. Dato’ Ahmad Zaharin Bin Mohd Saad

    Datuk Bandar

    Majlis Bandaraya Shah Alam

     

    iii). Kosong

     

Lampiran

Tiada Lampiran.