Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

253) MAJLIS PERMUAFAKATAN PENDUDUK

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon senaraikan Majlis Permuafakatan Penduduk yang diwujudkan dalam Dewan Negeri Jeram sehingga kini dan nama ahli jawatankuasanya?

    Senarai Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) bagi Dewan Negeri Jeram adalah seperti berikut :

    Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama

    Bil Nama Jawatan
    1. En Khairul Anuar bin Jalaluddin Pengerusi
    2. En Wan Ismail bin Hashim Timbalan Pengerusi
    3. En Azhar bin Harun  Setiausaha
    4. En Subramaniam A/l Supaiyah AJK
    5. En Khairul Nizam bin Mohd Tohit AJK
    6. En Mohammad Nazri bin Hamid AJK
    7. En Iskandar bin Tusri AJK

    Majlis Permuafakatan Penduduk Puncak Alam

    Bil Nama Jawatan
    1. Tuan Haji Mohd Hanif bin Md Sultan Pengerusi
    2. Tuan Haji Zakaria bin Timbalan Pengerusi
    3. En Hashim bin Sairi  Setiausaha
    4. En Abdul Rahim Dapit bin Abdullah AJK

     

  2. Bagaimanakah Majlis Permuafakatan Penduduk berkenaan dibentuk oleh Kerajaan Negeri dan bagaimanakah pemilihan ahli jawatankuasa dilaksanakan?

    Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) merupakan hasil gabungan Jawatankuasa Penduduk (JKP) mengikut zon. Terdapat enam zon di bawah Daerah Kuala Selangor iaitu:

     

    ZON 1   –           Tanjung Karang

    ZON 2   –           Pasir Penambang

    ZON 3   –           Kuala Selangor / Bukit Rotan / Assam Jawa

    ZON 4   –           Bestari Jaya / Ijok

    ZON 5   –           Jeram

    ZON 6   –           Puncak Alam / Saujana Utama / Desa Coalfield

    Bagi Dewan Negeri Jeram meliputi dua (2) zon iaitu zon 5 dan zon 6. Secara keseluruhan terdapat 57 JKP di DUN tersebut yang berdaftar sebagai Jawatankuasa Penduduk (JKP) di bawah seliaan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Pemilihan MPP berlandaskan kepada pelantikan oleh semua Pengerusi JKP di Zon tersebut.

  3. Adakah setiap pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk mendapat elaun khas dan disediakan peruntukan khas untuk melaksanakan aktiviti?

    Untuk makluman pihak tuan, Majlis Daerah Kuala Selangor tiada menyediakan peruntukan bagi tujuan bayaran elaun untuk pengerusi dan peruntukan program.

    Walau bagaimanapun, setiap Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) yang bercadang untuk membuat program bolehlah kemukakan kertas cadangan/kerja (surat permohonan) dan akan dibantu mengikut kemampuan pihak Majlis.

Lampiran

Tiada Lampiran.