Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
185) MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kawasan pilihanraya DUN Sri Muda termasuk sebahagian kecil ke dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya. Huraikan, kenapakah kawasan Kampung Bukit Lanchong, USJ 22 hingga USJ 27, seluruh kawasan Putra Heights, Putra Bistari, Putra Avenue dan sekitarnya tidak dicatatkan sebagai kawasan Dun Sri Muda hingga kebanyakan urusan majlis tidak mengundang Adun kawasan?
Pihak Majlis dari masa ke semasa akan mengundang Adun Kawasan bersamasama Ahli Majlis kawasan dalam sebarang majlis-majlis rasmi terutama program-program yang melibatkan JKP Zon 7 (Putra Height).
-
Bilakah perubahan dalam sempadan majlis dapat di buat dan huraikan kenapakah aduan pada majlis sebelum ini tidak diambil tindakan segera?
Perubahan sempadan Majlis adalah di dalam kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri. Sementara itu aduan-aduan diselesaikan mengikut prosedur ISO iaitu 7 (tujuh) hari bekerja. Pihak pengadu boleh merujuk aduan-aduan melalui sistem i-responz secara online mpsj.gov.my.