Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

3) MAJLIS PELANCONGAN DAERAH KUALA SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan, halatuju dan objektif penubuhan Majlis Pelancongan Daerah Kuala Selangor yang diwujudkan oleh YAB Dato' Menteri Besar ketika lawatan kerja ke daerah Kuala Selangor?

    MDKS mengambil maklum terhadap keputusan tersebut dan akan turut menyusun perancangan dalam merangka jawatankuasa induk dan melibatkan jabatan serta agensi – agensi yang bertanggungjawab. Hal ini bagi memastikan segala perancangan serta pelan tindakan yang dibuat akan menjadikan sektor pelancongan daerah Kuala Selangor terbaik di Malaysia dan dunia dan menjadikan Daerah Kuala Selangor sebagai ‘ Gugusan Eko-Pelancongan Selangor.

  2. Apakah perancangan jangka panjang jawatankuasa ini serta peruntukan yang disediakan bagi mencapai matlamatnya?

    Segala perancangan serta pelan tindakan yang dibuat akan menjadikan sektor pelancongan daerah Kuala Selangor terbaik di Malaysia dan dunia. Sehubungan dengan itu, sebagai PBT yang bertanggungjawab untuk sektor ini, MDKS telah bertindak menjalankan pembangunan sektor pelancongan mengikut fasa serta keperluan dan ianya masih dalam proses pelaksanaan pengindahan semua pusat pelancongan sekaligus menyediakan kemudahan dan prasarana bertaraf antarabangsa bagi meningkatkan keindahan imej pelancongan Kuala Selangor serta mengekalkan warisan sejarahnya yang semakin menjadi tumpuan. MDKS akan terus menyokong kerajaan negeri dalam memperkenalkan negeri Selangor khususnya Kuala Selangor kepada masyarakat dunia tanpa mengabaikan sejarah warisan yang telah wujud sejak beribu tahun dahulu. Pembangunan yang bakal dilaksanakan juga akan menekankan Kesejahteraan Rakyat dan Pemuliharaan Alam Sekitar melalui peruntukan yang akan disalurkan oleh kerajaan negeri kepada jawatankuasa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.