Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
300) MAJLIS KEMAHIRAN PEKERJAAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sehingga suku keempat tahun 2024 ini, apakah ketetapan yang telah diambil berhubung aspek pencapaian, keperluan dan penunjuk prestasi utama (KPI) Majlis Kemahiran Pekerjaan Selangor?
Selangor Jobs and Skills Council merupakan ikhtiar pentadbiran ini untuk mengatasi cabaran utama pasaran ekonomi iaitu ketidakpadanan antara jenis pekerjaan yang ditawarkan di pasaran dan keupayaan serta kelayakan profesional generasi muda dan graduan di Selangor.
Seperti yang diumumkan di dalam Belanjawan Selangor 2024, Selangor Jobs and Skills Council bertujuan menjadi agensi utama yang akan menggerakkan kerjasama antara jenis pekerjaan yang ditawarkan dan keupayaan pekerja di Selangor ke arah meningkatkan produktiviti pekerja-pekerja di Selangor.
Hasrat Kerajaan Negeri adalah supaya majlis ini ditubuhkan dan bergerak sepenuhnya sebelum akhir tahun 2024. Disebabkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama serta usaha baharu Kerajaan Negeri untuk meneroka industri baharu seperti Kecerdasan Buatan, serta bidang semikonduktor yang melibatkan peringkat reka bentuk yang mempunyai nilai yang lebih tinggi, serta keterlibatan aktif Kerajaan Negeri dalam industri tenaga boleh diperbaharui melalui anak syarikat, proses penubuhan mengalami kelewatan di luar jangka.
Oleh yang demikian, peruntukan yang telahpun diluluskan di dalam Belanjawan Selangor 2024 belum digunakan tetapi akan dikhususkan sebaik sahaja Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan hala tuju baharu Majlis Kemahiran Pekerjaan Selangor agar peruntukan ini dioptimumkan sepenuhnya mengikut garis panduan serta prestasi yang dihasratkan melalui Majlis ini agar memainkan peranan penting dlaam merealisasikan hasrat pentadbiran ini untuk menawarkan sebanyak 100,00 peluang pekerjaan yang berkualiti dan bergaji tinggi, terutamanya untuk generasi muda Negeri Selangor.
-
Apakah butiran perbelanjaan terkini yang telah digunapakai daripada peruntukan RM1 juta yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk majlis ini?