Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

75) MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat penduduk tempatan mengadu bahawa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) memberitahu beliau bahawa MDHS ÒTiada Peruntukan Yang CukupÓ untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan. Berapakah Cukai Taksiran yang dikutip oleh MDHS pada tahun 2012?

    Jadual di bawah menerangkan kutipan cukai taksiran untuk tiga tahun terakhir dibandingkan dengan sasaran kutipan mengikut bajet.

    TAHUN   BAJET (RM)   KUTIPAN   CATATAN
        (RM)  
    2012 34,312,782.00 3,934,499.00 Sehingga Januari
    2011 29,002,905.00 30,240,748.00  
    2010 26,550,000.00 26,469,009.00  
  2. Mengapakah MDHS menghadapi masalah peruntukan yang cukup untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan oleh penduduk?

    Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor menghadapi masalah peruntukan yang tidak cukup untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan adalah disebabkan kawasan perumahan di bawah seliaan pihak Majlis Daerah Hulu Selangor adalah kawasan perumahan lama dan kawasan kampung di mana terdapat banyak kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan perlu dijalankan. Kerosakan yang dilaporkan oleh penduduk adalah aduan yang berulang dan masalah lain adalah disebabkan pertambahan kenderaan serta masalah kenderaan berat yang melalui kawasan tersebut.

  3. Bagaimanakah MDHS menggunakan Hasil Cukai Taksiran untuk menaik taraf infrastruktur dan menyelesaikan masalah penduduk tempatan?

    Majlis Daerah Hulu Selangor sentiasa menambah peruntukan setiap tahun terhadap bajet “Penyelenggaraan dan Pembaikan” selaras dengan peningkatan kutipan cukai seperti jadual di bawah :-

    TAHUN   BAJET (RM)
    2012 22,950,630.00
    2011 16,678,530.00
    2010 14,768,900.00

    Diharap peningkatan peruntukan sebanyak 38% terhadap bajet “Penyelenggaraan dan Pembaikan” pada tahun 2012 berbanding tahun 2011 dapat menaik taraf infrastruktur dan menyelesaikan sebahagian besar masalah penduduk tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.