Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
170) MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri kesenian dikawasan bandaraya contoh dikawasan Dun Seri Setia dalam kawasan MBPJ & MBSA?
Berikut merupakan antara perancangan Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaran Petaling Jaya untuk menyemarakkan inisiatif kesenian dan kebudayaan tahun 2023.
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
- Program Lepak Seni @ Dataran Kemerdekaan
- Program Sayembara Puisi
- Festival Kota Seni
- Pertandingan Koir Kota Seni Shah Alam
- Program Muzika Komuniti
- Program FAM Trip 2 Hari 1 Malam @ Shah Alam
- Projek Baik Pulih dan Pembaikan Laman Seni 7
- Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
- Program PJ Weekend Flea Market
- Program Santai Budaya Kota Seni PJ
- Petaling Jaya International Folkshore Festival
- Ekspo Petaling Jaya Smart
- Majlis Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya
- Pertandingan Eksplorasi PJ
- Pertandigan Deklamasi Sajak Petaling Jaya
-
Berapa peratusan pelancong luar negara yang masuk ke Negeri Selangor pada tahun 2022 dan dimanakah tempat yang paling menarik di dalam Selangor?
- Untuk makluman, bagi tahun 2022 pelancong antarabangsa menyumbang sebanyak 23% daripada jumlah pelancong keseluruhan ke Negeri Selangor yang berjumlah 1.2 juta pelancong. Prestasi kedatangan pelancong antarabangsa bagi tahun tersebut mencatat peningkatan yang mengalakkan sebanyak 62.4% berbanding catatan pada tahun 2021.
Berikut merupakan tempat pelancongan paling menarik yang telah menjadi salah satu landmark bagi pelancongan di Negeri Selangor dan telah menjadi tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa :-
- Jugra Paragliding (Kuala Langat)
- White Water Rafting KKB (Hulu Selangor)
- Bukit Broga (Hulu Langat)
- Sky Mirror (Kuala Selangor)
- Batu Caves (Gombak)
- Sekinchan (Sabak Bernam)
- Bandar Diraja Klang (Klang)
- Bandar Sunway (Petaling)
- Bagan Lalang (Sepang)