Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
218) MAJLIS ANTI PEMERDAGANGAN MANUSIA SELANGOR – MAPMAS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status MAPMAS dan siapakah yang menganggotai Ahli Majlis untuk sesi 2015 ini?
Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) telah ditubuhkan pada 10 Januari 2011 merupakan satu organisasi khas untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia di
Objektif penubuhan MAPMAS ini adalah seperti berikut :-
- Membantu Kerajaan Negeri dalam memantau kes-kes jenayah pemerdagangan manusia di Selangor;
- Membantu mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia untuk mencari pusat perlindungan sementara;
- Menyediakan khidmat advokasi kepada mangsa-mangsa serta menjalankan kajian berkaitan aspek pemerdanganan sedia ada; dan
- Menjalankan kempen-kempen kesedaran berkaitan jenayah pemerdagangan manusia di seluruh Selangor.
Dahulunya, MAPMAS dianggotai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor iaitu YB Puan Rodziah Binti Ismail, YB Puan Dr. Halimah Binti Ali, YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping, YB Puan Teresa Kok Suh Sim dan YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew serta dibantu oleh badan bertindak MAPMAS yang dianggotai oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenalpasti oleh pihak YB Puan Rodziah Binti Ismail ketika itu.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti semula keperluan kepada penambahbaikan pengujudan MAPMAS sedia ada. Sehubungan itu, sebarang lantikan ahli jawatankuasa MAPMAS ini akan dilakukan setelah proses penambahbaikan yang dikenalpasti itu selesai.
-
Berapakah jumlah kewangan yang diperuntukkan untuk tahun 2015 ini?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah menimbang dan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM100,000.00 bagi tujuan pengoperasian Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) pada tahun 2011 dan peruntukan tersebut diluluskan secara one-off.
Sehubungan itu, bagi tahun 2015 tiada sebarang peruntukan disediakan bagi tujuan tersebut berikutan pihak Kerajaan Negeri sedang meneliti keperluan kepada penambahbaikan pengujudan MAPMAS tersebut.
-
Apakah penambahbaikan yang dilakukan memandangkan Selangor dilaporkan merupakan salah satu pintu masuk kepada kegiatan ini?
Kerajaan Negeri sedar akan permasalahan dalam pemerdagangan manusia lebih-lebih lagi Selangor merupakan salah satu pintu masuk kepada kegiatan tersebut. Justeru itu, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta pihak-pihak berkuasa berkaitan bagi membendung dan membenteras permasalahan pemerdagangan manusia di Negeri Selangor.