Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

23) MAHKAMAH SYARIAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bilangan kes-kes Mahkamah Syariah yang telah tertangguh sehingga kini?

    Jumlah bilangan kes-kes mahkamah syarikah yang telah tertangguh sehingga kini adalah sebanyak 10, 048 kes bagi kes mal dan 3,082 bagi kes

  2. Apakah punca-punca kes tertangguh?

    1. Punca-punca Kes Tangguh boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu berpunca daripada pihak-pihak (Plaintif/Defendan/Pemohon/Responden/Perayu/Saksi), Peguam Syarie, Pendakwah Syarie dan

    1.                  Pihak-pihak (Plaintif/Defendan/Pemohon/Responden/Perayu/Saksi)

     

    Antara punca-punca yang disebabkan oleh pihak-pihak pada kebiasaannya adalah disebabkan oleh masalah pihak-pihak tidak menghadirkan diri semasa prosiding dalam mahkamah, kegagalan melantik Peguam Syarie bagi membantu pihak-pihak mengendalikan kes. Hadir lewat ke mahkamah walaupun telah ditetapkan waktu kehadiran yang menyebabkan kes telah disebut dan mahkamah terpaksa memberi tarikh tangguhan lain bagi memberi peluang kepada pihak-pihak untuk menghadirkan diri.

    Selain itu, kegagalan Plaintif/Pemohon memberikan alamat terkini Defendan/Responden kepada mahkamah untuk urusan-urusan berkaitan akan menyebabkan ketidakhadiran Defendan/Responden untuk hadir ke mahkamah kerana tidak mengetahui tarikh prosiding yang telah ditetapkan.

    Pihak-pihak yang tidak diwakili oleh Peguam Syarie biasanya menyumbang kepada kegagalan mematuhi arahan mahkamah seperti

     

    dokumen difailkan tidak lengkap, dokumen gagal difailkan tepat pada masanya dan kegagalan untuk mengemukakan bahan-bahan bukti kepada Mahkamah sehingga menyukarkan hakim untuk membuat keputusan.

    2.                  Peguam Syarie

     

    Antara punca-punca yang disebabkan oelh Peguam Syarie pada kebiasaannya adalah disebabkan oleh masalah kegagalan menghadiri kes di Mahkamah kerana Peguam Syarie menghadiri kes di mahkamah yang lain, permohonan tangguhan atas urusan peribadi atau anak guam, menghadiri kursus/seminar, kegagalan memfailkan dokumen pada tempoh yang ditetapkan, Peguam Syarie tidak memaklumkan tarikh bicara kepada anak guam, Peguam Syarie menarik diri daripada mewakili anak guam semasa prosiding kes masih berjalan dan belum selesai sehingga memaksa anak guam memohon mahkamah menangguhkan kes bagi melantik Peguam Syarie yang lain.

    Terdapat segelintir peguam yang tidak memahami dan tidak mematuhi prosedur undang-undang dan Peguam Syarie yang gagal mematuhi arahan seperti dokumen difailkan tidak lengkap, dokumen gagal difailkan tepat pada masanya dan kegagalan mengemukakan bahan-bahan bukti kepada mahkamah sehingga menyukarkan hakim untuk membuat keputusan.

    3.                  Pendakwa

     

    Antara punca-punca yang disebabkan oleh Pendakwa pada kebiasaannya adalah disebabkan oleh masalah kegagalan pelaksanaan waran tangkap, kegagalan penyerahan saman/notis kerana ketiadaan alamat terkini Tertuduh, Tertuduh menghilangkan diri dan gagal dikesan, dan Pendakwa menghadiri kursus/seminar.

    4.                  Mahkamah

     

    Antara punca-punca yang disebabkan oleh Mahkamah pada kebiasaannya adalah disebabkan oleh masalah kekosongan perjawatan Hakim yang masih belum diisi, kekurangan perjawatan Hakim di Mahkamah Syariah Selangor untuk mengendalikan kes-kes di seluruh Negeri Selangor yang semakin meningkat dan tidak dapat ditampung dengan jumlah hakim yang sedia ada.

     

    Punca lain adalah disebabkan oleh masalah kegagalan penyerahan saman/notis kepada pihak-pihak kerana ketiadaan alamat terkini pihak- pihak dan masalah kekurangan Penghantar Notis yang boleh menyegerakan penyampaian notis/saman.

    Bagi mengatasi punca-punca masalah yang dinyatakan di (b) tadi, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengambil beberapa langkah atau usaha bagi membuat penambahbaikan, antaranya ialah JAKESS telah melantik 60 jawatan kontrak daripada berbagai-bagai jawatan yang dibiayai oleh Lembaga Zakat Selangor dan dilantik oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) mulai 1 November

    JAKESS juga telah menubuhkan satu lagi mahkamah Syarikah baru iaitu Mahkamah Syarikah Ampang yang mula beroperasi pada 10 Jun 2014 bagi menyelesaikan masalah kes-kes tertunggak yang tinggi di Mahkamah Syariah Hulu Langat dengan kekuatan Hakim dan kakitangan sokongan yang dilantik secara kontrak.

    Selain itu, JAKESS telah menggubal dan mewartakan kaedah-kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 pada 8 Mei 2014 bagi melancarkan prosedur kes-kes Permohonan Perceraian berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Berdasarkan kaedah ini, kes-kes tuntutan cerai dengan lafaz talak yang melibatkan kehadiran suami dan isteri boleh diselesaikan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh mahkamah membuat sabitan shiqaq.

    JAKESS juga telah malaksanakan proses sebutan kes/pengurusan kes di hadapan Pendaftar Mahkamah bagi membantu melancarkan perjalanan prosiding kes di peringkat awal sebelum dipanjangkan kepada Yang Arif Hakim untuk perbicaraan. Proses ini memberi peluang para Hakim untuk menumpukan perhatian kepada perbicaraan kes. Di peringkat ini juga, Pendaftar akan memastikan semua dokumen atau pliding telah lengkap difailkan oleh semua pihak bagi membantu kelancaran perbicaraan kelak.

    JAKESS juga telah membuat lantikan beberapa jawatan secara kontrak yang boleh membantu mengurangkan beban tugas hakim, iaitu Jawatan Timbalan Pendaftar, Pegawai Penyelidik Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan penambahan Pegawai Sulh yang boleh membantu mengendalikan Majlis Sulh (proses penyelesaian kes secara persetujuan bersama).

    Selain itu, JAKESS juga telah mewujudkan perkhidmatan kaunter runding cara yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai Syarikah LS 41 yang dilantik secara

     

    kontrak bagi memberikan khidmat nasihat perundangan dan memastikan setiap dokumen yang difailkan di mahkamah adalah menepati kehendak perundangan.

    JAKESS juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan berkala bersama dengan PDRM dan agensi kerajaan yang lain bagi mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih baik dan berkesan.

     

  3. Apakah usaha dan peruntukan belanjawan Selangor 2015 bagi mengatasi punca-punca yang dinyatakan di (b)?

Lampiran

Tiada Lampiran.