Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
54) MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI SAINS
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak kah maahad tahfiz integrasi sains akan di bena di negeri Selangor ini?
Setakat ini terdapat 2 buah Maahad Tahfiz yang diurus oleh JAIS iaitu satu di Kuala
langat dan sebuah lagi Klang. Kerajaan juga sedang membena sebuah lagi Kampus
Maahad Tahfiz di Alam Impian Seksyen 25 Shah Alam bagi menampung sekitar 600
pelajar. Keperluan untuk membena maahad Tahfiz berikutnya akan ditimbang dari masa
ke semasa berdasarkan kemampuan kerajaan.
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa tahfiz dibawah Majlis Agama Islam Selangor juga
sedang menyelaras dan bekerjasama dengan Sekolah-sekolah Tahfiz persendirian dan
swasta seluruh Selangor yang bilangan melebehi 100 buah. Permuafakatan ini
diharapkan dapat menjadikan pendidikan Tahfiz di Selangor sebagai sistem Pendidikan
yang utama dan terbaik menghasilkan modal insan yang diredhai Allah.