Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

191) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS)

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor(MITS) dan jumlah pelajar MITS di bawah penyeliaan JAIS sekarang?

    Setakat ini, terdapat 5 buah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) yang diselia oleh JAIS dengan jumlah pelajar seramai 1,304 orang. Pecahan jumlah adalah seperti berikut:

  2. Apakah ada cadangan untuk menambah MITS ini dan di mana?

    Hasrat Kerajaan Negeri untuk membina 1 buah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi setiap daerah. Walaubagaimanpun pembinaannya bergantung kepada kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri.

  3. Berapakah jumlah bilangan guru dan status perjawatan mereka?

    Bilangan guru di MITS setakat ini adalah seramai 221 orang yang terdiri dari 99 orang guru lelaki dan 122 orang guru perempuan. Status perjawatan guru MITS adalah guru tetap dan kontrak.

Lampiran

Tiada Lampiran.