Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

152) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS)

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan dan prestasi pelajar-pelajar MITS?

    Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor masih mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam anjuran Jabatan dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Berikut disertakan keputusan peperiksaan murid MITS :

    i. Keputusan Keseluruhan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ) & Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) bagi Tahun 2020.

     

    BIL PEPERIKSAAN 2020 PENCAPAIAN KESELURUHAN
    1. Sijil Menengah Agama (SMA) 170 100 %
    2. Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) 176 100 %
    3. Sijil Menengah Agama Tahfiz Turath dan Dakwah (SMATD) 16 100 %

                 

    ii. Keputusan Keseluruhan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

    BIL NAMA SEKOLAH GRED PURATA SEKOLAH
    1. MITS Klang 2.85
    2. MITS Bagan Terap 2.60
    3. MITS Bagan Lalang 1.91
    4. MITS Istana Bandar, Jugra 3.11
  2. Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha membangunkan MITS Vokasional?

    Sehingga 2022 belum ada perancangan pembinaan MITS Vokasional.

Lampiran

Tiada Lampiran.