Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

161) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah MITS baharu yang dibina sejak tahun 2020?

    Sejak tahun 2020 tiada pembinaan MITS baharu yang dibuat.

  2. Berapakah jumlah terkini guru-guru kontrak yang berkhidmat di MITS?

    Jumlah terkini guru-guru kontrak yang berkhidmat di MITS berjumlah 154 orang termasuk seramai 5 orang adalah dari guru luar negara (149 orang adalah guru tempatan).

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyerapkan guru-guru kontrak ke jawatan tetap?

    Urusan pengisian jawatan berstatus tetap dilaksanakan oleh pihak berkuasa melantik (PBM) berdasarkan jumlah waran perjawatan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Pada dasarnya, Perkhidmatan Awam tidak mempunyai sebarang dasar berkaitan ‘penyerapan’ secara automatik anggota lantikan  berstatus kontrak ke jawatan tetap kerana pengisian kekosongan jawatan ini dilaksanakan secara terbuka yang mana turut melibatkan permohonan orang awam di luar organisasi melalui proses semakan kelayakan dan perlu menghadiri sesi temuduga.

    Kerajaan Negeri juga membuka peluang terbuka kepada semua yang layak untuk mengisi jawatan tetap yang ditawarkan. Kerajaan Negeri juga tidak menghalang sekiranya terdapat guru memohon jawatan pendidikan di agensi lain termasuk dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Lampiran

Tiada Lampiran.