Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

78) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sehingga 2017, berapakah jumlah MITS yang telah memulakan beroperasinya?

    Jumlah Maahad Tahfiz Sains (MITS) seluruh Negeri Selangor hingga 2017 ialah 4 buah.

  2. Berapakah bilangan keseluruhan pelajar dan guru mengikut daerah?

    Berikut adalah bilangan keseluruhan pelajar dan guru mengikut daerah:

    MITS JUMLAH GURU JUMLAH PELAJAR
    Kuala Langat 49 289
    Klang 51 291
    Sabak Bernam 47 287
    Sepang 20 167
    Jumlah 167 1031

     

  3. Berapakah kos operasi bagi setiap MITS mengikut daerah?

    Anggaran kos operasi untuk setiap MITS bagi seorang pelajar MITS sebanyak RM 10,500.00 setahun. Kos ini merangkumi bayaran gaji guru, kakitangan sokongan lain, keselamatan, pembersihan, utiliti dan makan asrama. Tidak termasuk pembaikan, kos tambahan lain dari PIBG dan kos gantian

Lampiran

Tiada Lampiran.