Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
162) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Peruntukan sebanyak RM29,000,000.00 untuk membina Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di Alam Impian. Nyatakan sumber kewangan bagi membina MITS?
- Pembinaan MITS Alam Impian menggunakan peruntukan kerajaan
-
Apa status pembinaan dan berapa orang pelajar yang mampu ditampung apabila sudah siap nanti dan kriteria pemilihan pelajar tersebut?
Status pembinaan sekarang ini 79% siap dan boleh menampung seramai 300 orang murid. Kriteria pemilihan pelajar adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia, keutamaan kepada rakyat ke bawah Duli Sultan Selangor
Mumtaz (90%) dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan dipilih yang tertinggi untuk panggilan temu duga
- Memperolehi sekurang-kurangnya 4A/1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
- Lulus PAFA Jabatan Agama Islam Selangor
- Mendapat markah terbaik dalam temu duga Khas Tingkatan 1
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk memastikan pelajar yang telah tamat pengajian tidak terabai?
Pelajar yang telah tamat pengajian di MITS layak melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS dalam dan luar