Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

64) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah konsep pembelajaran di maahad ini?

    Konsep pembelajaran di Maahad ini ;

    • Kurikulum menghafaz 30 juzuk Al-Quran , belajar sukatan Al-Azhar dan kurikulum baru Sekolah Menengah ( Sains Tulin atau Teknikal)
    • Pelajar berumur 13 – 17 tahun, berminat dan berkemampuan menghafaz Al-Quran. Tinggal di asrama sepenuhnya untuk mendapat Tarbiah 24 jam.
    • Mengimarahkan masjid sekolah sebagai jantung kehidupan.
    • Guru yang berjati diri tinggi dan sangat komited dengan Islam serta dakwahnya.
  2. Bagaimanakah peruntukan kewangan untuk membina maahad ini?

    Peruntukan kewangan untuk membina MITS dan masjid di Alam Impian adalah sebanyak RM 29,000,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.