Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
226) LOT-LOT KEDAI TERBIAR
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan untuk mempromosikan kedai-kedai terbiar yang begitu banyak di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang telah berlarutan sejak sekian lama?
Hakmilik persendirian adalah diluar bidang kuasa MPHS utk mempromosi hartanah2 terbiar kerana hartanah tersebut telah dipindahmilik oleh individu. Oleh itu MPHS tiada kuasa untuk membuat sebarang aktiviti tanpa kebenaran pemilik bangunan. Selain itu,transaksi tukar hakmilik di kawasan bkt beruntung dan bkt sentosa juga semakin tinggi termasuk unit-unit yang terbiar dan terbengkalai yang mana pemilik harta btnggungjawab ke atas harta masing-masing dan ia menunjukkan bahawa kawasan tersebut semakin berdayahuni.
-
Adakah bangunan kedai-kedai terbiar yang tidak dapat dimajukan tetapi mempunyai pemilik juga perlu membayar cukai pintu?
Ianya menjadi tanggungan kepada pemunya hartanah untuk menjelaskan cukai taksiran.