Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

332) LOT LIDI

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pembanguann semakin pesat di dalam Kawasan Dengkil. Adakah penjualan lot LIDI masih dibenarkan dan apakah tindakan penguatkuasa jika terdapat penjualan tanah dalam bentuk lot Lidi?

    Untuk makluman Yang Berhomat, kebiasaannya pembangunan lot lidi adalah melibatkan pembangunan kediaman di atas tanah milik kategori pertanian yang dimiliki oleh seorang pemilik berdaftar atau hakmilik bersama yang dikongsi oleh beberapa tuan tanah. Adalah menjadi satu kesalahan membangunkan kawasan kediaman di atas tanah kategori pertanian tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Pemilik tanah boleh dikenakan tindakan dibawah seksyen 127 Kanun Tanah Negara kerana berlaku perlanggaran syarat tanah yang akan mengakibatkan tanah boleh dilucut hak. Pembangunan lot lidi hanya melibatkan perjanjian jual beli antara pemilik tanah dan pembeli tanpa melibatkan kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan kelulusan tanah dari Pihak Berkuasa Negeri. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri mengambil serius pelaksanaan yang melibatkan urusan pembangunan lot lidi yang tidak sah mengikut undang-undang. Ini akan memberi kesan kepada pembeli pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.