Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

287) LORI SAMPAH KDEB & MPK

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di bawah peruntukan mana dan berapakah kos pembelian tersebut?

    Peruntukan untuk membeli 60 unit lori kompaktor baharu yang digunakan di kawasan MPK berjumlah RM23 juta dibiayai dengan dana dalaman KDEB Waste Management dan pinjaman daripada institusi kewangan .

  2. Apakah ada terma atau syarat-syarat sebelum serahan kepada sub kontraktor?

    Terma-terma dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh sub kontraktor yang menerima lori kompaktor baharu ada termaktub di dalam dokumen perjanjian sewaan lori kompaktor di antara KDEBWM dan sub

  3. Berapa lama tempoh permohonan dan kelulusan oleh SPAD dan berapa bilangan telah lulus?

    Tempoh permohonan dan kelulusan oleh SPAD bermula dari Borang Permohonan Permit Kenderaan Baharu dihantar oleh KDEBWM kepada SPAD sehingga permohonan tersebut diluluskan. SPAD memberikan Surat Tawaran Kelulusan Permit Kenderaan adalah selama 2 bulan. Jumlah bilangan yang telah diluluskan oleh SPAD adalah seperti bilangan yang dipohon oleh KDEBWM, iaitu sebanyak 80

Lampiran

Tiada Lampiran.