Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

148) LORI SAMPAH KDEB, MBSA, MBPJ MELALUI JALAN-JALAN KAMPONG DI JALAN ISKANDAR, JALAN KEMPAS KAMPUNG BUKIT KAPAR. BILANGAN LORI YANG BANYAK SERTA MEMBERHENTIKAN DAN MELETAKKAN DI TEPI JALAN BERDEKATAN SIMPANG MENAMBAH RISIKO KESELAMATAN, MEROSAKKAN BAHU JALAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tiada disyaratkan laluan lori sampah tidak melalui kawasan penduduk kampong untuk ke pusat pelupusan di Jeram?

    Pejabat Daerah/Tanah Klang pada tahun 2007 telah membuat pengambilan tanah seluas 112.1887 hektar bagi projek Membina dan Menaiktaraf Jalan Pintas (Pekan Kapar) Melalui Jalan Tap ke Tapak Pelupusan Sampah Jeram, Klang, Selangor oleh Jabatan Kerja Raya. Jalan ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengelakkan lori sampah melalui jalan-jalan kampung untuk ke tapak pelupusan tersebut. Oleh yang demikian, lori sampah KDEB tidak menggunakan jalan kampung sebaliknya menggunakan jalan pintas tersebut iaitu melalui Jalan Tap ke Tapak Pelupusan Sampah Jeram,

  2. Bagaimanakah polisi mesra rakyat dan penguatkuasaan dapat diutamakan untuk memberikan kesejahteraan rakyat?

    Kerajaan Negeri secara dasarnya melalui PBT telah melaksanakan beberapa aspek dalam mewujudkan polisi mesra rakyat dan penguatkuasaan untuk memberikan kesejahteraan rakyat iaitu:-

     

    • Mengamalkan pendekatan berhemah dan mesra rakyat dengan menyediakan hebahan jadual kutipan sampah dan sampah pukal serta nama penyelia melalui pemasangan papan tanda di beberapa kawasan yang terlibat;

     

    • Pihak PBT juga mewujudkan media sosial melalui aplikasi internet seperti ‘Whatsapps Group’, ‘Facebook’ sebagai platform hebahan maklumat mengenai pengurusan sisa pepejal sebagai pemakluman kepada kumpulan komuniti;

     

    • PBT juga mengadakan “Hari Bertemu Pelanggan” serta mengedarkan borang kepuasan pelanggan di kaunter-kaunter tempat pelanggan berurusan;

     

    • Dari segi penguatkuasaan, PBT juga telah meletakkan syarat kepada operator kutipan sampah supaya mematuhi segala arahan seperti jadual kutipan dan laluan lori ke tapak pelupusan dan mematuhi undang-undang jalan raya;

     

    • Operator kutipan sampah juga diingatkan supaya kenderaan kutipan sampah atau lori kompaktor sentiasa bersih dan tidak berbau;

     

    • Semua kenderaan kutipan sampah / lori kompaktor yang tidak beroperasi mestilah di simpan di tapak simpanan / depoh yang ditetapkan; dan

     

    • Mewujudkan Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor atau STARS yang kini telah jenamakan baru sebagai Gerbang Aduan Bersepadu Rakyat Selangor melalui alamat portal http://selangor.spab.gov.my yang berfungsi untuk menerima pelbagai jenis maklumbalas dalam bentuk aduan, cadangan, pujian, pertanyaan dan teguran di mana ia diuruskan secara elektronik

     

  3. Apakah halangan bagi menghadkan laluan dan tempoh masa laluan lori ini?

    PBT tiada kuasa untuk menghadkan laluan dan tempoh masa laluan lori sampah. Lori kutipan sampah tersebut perlulah menjalankan tugas mengikut jadual tempoh masa yang ditetapkan dan patuh pada undang-undang jalan

Lampiran

Tiada Lampiran.