Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
241) LORI PEMAMPAT SAMPAH KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan terkini jumlah keseluruhan yang dibeli serta kos penyelenggaraan sejak dibeli?
Jumlah keseluruhan lori kompaktor yang dibeli oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) adalah sebanyak 50 buah. Jumlah kos penyelenggaraan sejak lori kompaktor ini dibeli tidak dapat ditentukan kerana:-
Untuk lori kompaktor yang disewakan, kos penyelenggaraan untuk lori kompaktor ini adalah ditanggung oleh pihak
Manakala untuk lori kompaktor yang tidak disewakan dan digunakan sendiri oleh KDEBWM melalui anak syarikatnya Hebat Abadi Sdn. Bhd. untuk kerja – kerja pembersihan Sungai Klang dan kerja – kerja “back-up” kutipan sisa pepejal dari tahun 2014 sehingga kini bagi menggantikan kontraktor lama yang gagal di lima (5) PBT di Negeri Selangor, peruntukan kos penyelenggaraan bulanan adalah sebanyak RM1,200.00 sebulan bagi setiap unit lori kompaktor yang digunakan termasuk dengan kos bayaran perlindungan insurans dan cukai jalan bergantung kepada bilangan lori kompaktor yang digunakan. Pecahan agihan lori adalah seperti berikut:-
BIL. PERKARA MBSA MBPJ KDEBWM JUMLAH 1.
Jumlah keseluruhan lori kompaktor yang dibeli oleh KDEBWM.
50 unit
50 unit
2.
Pecahan agihan lori kompaktor mengikut penerima.
27 unit
16 unit
7 unit
50 unit
3.
Bilangan lori kompaktor yang dibeli oleh MBPJ dari KDEBWM.
–
4 unit
–
4 unit
4.
Bilangan terkini lori kompaktor yang dimiliki oleh KDEBWM setelah ditolak bilangan yang dibeli oleh MBPJ.
27 unit
12 unit
7 unit
46 unit
***Sumber: KDEBWM
-
Berapakah bilangan lori diserah pada PBT? senaraikan.
Bilangan lori yang diserah oleh PBT adalah seperti berikut (setakat bulan Jun 2013):-
BIL
PENERIMA
BILANGAN UNIT
PBT YANG MENYEWA DARI PENERIMA
BILANGAN UNIT YANG DISEWA 1.
MBSA
27 unit
MPK 8 unit MDHS 4 unit MDKS 2 unit MPS 2 unit MPSp 1 unit MBSA – “Back-up”
2 unit Jumlah : 19 unit ***Sumber: KDEBWM
-
Adakah ia efektif untuk penyewaan kepada kontraktor yang menghadapi masalah kerosakan lori kompaktor?
Setelah dikaji, pihak KDEBWM mendapati kaedah penyewaan lori kompaktor ini kepada kontraktor yang menghadapi masalah kerosakan lori kompaktor lama mereka adalah sangat efektif bagi memastikan kelancaran kerja – kerja kutipan sisa pepejal di kawasan kontrak
Malahan pula, selain dari penyewaan bagi menggantikan lori kompaktor lama milik kontraktor yang rosak, penyewaan lori kompaktor ini juga berkesan bagi memberikan jangkamasa yang cukup selesa untuk kontraktor yang tidak
memiliki lori kompaktor mereka sendiri untuk mengumpul dana (untuk bayaran deposit lori kompktor baru), membuat pinjaman bank dan seterusnya membeli lori kompaktor baru untuk dimiliki oleh syarikat mereka sendiri.
Setelah lori kompaktor baru yang dimiliki sendiri oleh kontraktor ini diterima, lori kompaktor yang disewa ini dipulangkan semula kepada KDEBWM.