Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

57) LOOK OUT POINT, HULU LANGAT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapa Look Out Point ditutup?

    Penutupan Menara Tinjau ini dibuat setelah pengusaha kompleks dikesan melakukan tambahan / pengubahsuaian yang extensive terhadap struktur asal dan kedudukannya berada di kawasan cerun yang berbahaya dan boleh mengancam keselamatan pengunjung dan pengusaha itu sendiri. Laporan dan penemuan awal oleh pihak IKRAM juga mendapati terdapatnya beberapa kawasan cerun yang dikenal pasti berisiko mengalami kegagalan, rekahan-rekahan kecil pada beberapa bangunan tambahan, sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan sempurna, kerja-kerja penstabilan cerun yang tidak sempurna dan beberapa binaan bangunan yang terlalu hampir dengan cerun.

    Pengusaha premis juga gagal mengemukakan sebarang permohonan pelan ataupun dokumen-dokumen berkaitan kepada MPKj walaupun telah 5 siri Notis di bawah Seksyen 70(1) dan Seksyen 72 (1)(b)(c) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 dikeluarkan mulai 10 Ogos 2011 dan yang terakhir pada 17 Januari 2012.

    Sebahagian pengusaha restoran turut dikesan beroperasi tanpa mendapatkan kelulusan lesen MPKj. Tindakan menutup Menara Tinjau ini diambil bagi mengelakkan kejadian runtuh memandangkan keseluruhan bangunan yang didirikan tidak pernah mendapat penarafan Sijil Layak Menduduki (CF) dari MPKj.

  2. Berapakah sewa yang dikenakan atas pengusaha Look Out Point setiap bulan atau setiap tahun?

    Syarikat Pinang Harmoni Sdn. Bhd. (kini dikenali sebagai Pinang Harmoni Kembara Sdn. Bhd.) selaku pengusaha ALOP telah dikenakan bayaran sewaan bulanan Pengurusan ALOP sebanyak RM 3,000.00 sebulan sejak tahun 2005. Namun, ketika itu tiada sebarang kontrak perjanjian ditandatangani di antara syarikat pengurusan yang dilantik iaitu Pinang Harmoni Kembara Sdn. Bhd. Dengan Kerajaan Negeri Selangor.

    Mulai Julai 2007, kadar sewaan telah dinaikkan kepada RM 5,000.00 sebulan. Selepas itu, pada Januari 2010, kadar sewaan bulanan ALOP telah dinaikkan kepada RM 20,000.00 sebulan dan menjadikan jumlah sewaan adalah sebanyak RM 240,000.00 setahun. Kenaikan ini adalah selaras dengan Perjanjian Pengurusan ALOP yang telah ditandatangani. Tempoh perjanjian pengurusan ini adalah selama 21 tahun dari keputusan

    MMKN ke 17/2005 bertarikh 6 Julai 2005

     

Lampiran

Tiada Lampiran.