Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
211) LONGKANG TIDAK DIURUS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini Projek Fasa 3 longkang di Kampung Hala Cara Baru Parit 16?
Rujukan dengan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPN) Selangor mendapati bahawa projek menaiktaraf longkang termasuk kerja-kerja pemasangan longkang yang baharu tidak dapat disempurnakan sepenuhnya memandangkan terdapat bantahan oleh sebahagian penduduk di kampung tersebut yang tidak bersetuju dengan isu saiz longkang (1200mm x 450mm) yang ingin dipasang serta izin lalu pemasangan struktur longkang yang melalui tanah milik penduduk. Hal ini menyebabkan sebahagian besar skop projek ini tidak dapat diteruskan bagi fasa 3 dan fasa 4. Disebabkan oleh itu, pihak PPN Selangor tidak dapat meneruskan projek ini di Kampung Hala Cara Baru Parit 16 dan menukarkan projek ini kepada lokasi yang baharu.
-
Projek sepatutnya selesai pada 14.Ogos.2023, tapi masih tergendala dan menyebabkan banjir bila hujan. Apakah keputusan terkini pejabat PPN Selangor?
Untuk makluman projek ini mempunyai 4 fasa pelaksanaan. Berikut merupakan senarai fasa projek dan status bagi setiap fasa projek tersebut:
- Fasa 1 = Siap dan selesai bayaran
- Fasa 2 = Siap dan selesai bayaran
- Fasa 3 = Kerja pemasangan longkang tidak dapat diselesaikan kerana bantahan penduduk.
- Fasa 4 = cadangan pemasangan longkang ditukar ke lokasi lain
Semakan dengan PPN Selangor juga menyatakan bahawa masalah ini bukan berpunca daripada kegagalan pihak kontraktor tetapi disebabkan oleh isu bantahan daripada sebahagian penduduk yang tidak dapat memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak kerajaan. Dalam Hal ini, pihak PPN Selangor telah menukar lokasi projek ini kepada dua lokasi baharu.
-
Projek fasa 4, ditukar ke mana lokasinya?
Fasa 4 bagi projek ini telah ditukar kepada dua lokasi baharu. Dua lokasi iaitu:
- Kampung Belia 2 Sungai Panjang Daerah Sabak Bernam; dan
- Kampung Desa Permai Parit 8 Sungai Panjang Daerah Sabak Bernam,
Kedua-dua projek di lokasi tersebut telah pun bermula pada 24 Oktober 2024.