Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

356) LONGKANG TIDAK BERTUAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status longkang dan parit yang tidak mempunyai tuan?

    JPS

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 di bawah Peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit untuk melaksanakan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Parit Tidak Bertuan Secara One-Off dan Berperingkat di Negeri Selangor secara dua (2) Fasa dengan masing-masing sebanyak RM2,500,000.00 bagi setiap satu fasa.

    Bagi Fasa 1, peruntukan sebanyak RM2,500,000.00 telah diperuntukkan untuk pelaksanaan kerja penyelenggaran. Berikut adalah perincian kerja yang akan dilaksanakan:-

    SEKSYEN MAKRO DAN PENSWASTAAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, satu Mesyuarat Penyelarasan Isu Jalan, Longkang dan Parit Tidak Bertuan Bil.1/2024 yang diadakan pada 11 Januari 2024 telah membincangkan data dan maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Mesyuarat bersetuju agar data dan maklumat tersebut diperhalusi dan dikemaskini.

    Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur pada masa ini telah mengenal pasti sebahagian daripada longkang, parit dan jalan tidak bertuan mengikut bidang kuasa di bawah JPS Negeri Selangor, JKR Negeri Selangor, PBT dan PDT.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 18/2024 yang diadakan pada 3 Julai 2024 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 19/2024 pada 17 Julai 2024 menimbangkan dan meluluskan peruntukan bagi cadangan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan parit tidak bertuan secara one-off dan berperingkat bagi tahun 2024 mengikut fasa seperti berikut:

    1. Fasa 1 – RM2,500,000.00 bagi parit tidak bertuan yang dikenalpasti oleh JPS Negeri Selangor.
    2. Fasa 2 – RM2,500,000.00 bagi parit tidak bertuan yang dikenalpasti oleh JKR Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dan Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor.

    Kerajaan Negeri sedang merangka pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan parit, longkang dan jalan tidak bertuan. Melalui penyeragaman ini, masalah pertindihan tugasan di antara jabatan/agensi akan dapat di atasi dalam masa yang terdekat demi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.