Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
149) LONGKANG-LONGKANG TIDAK DI SELENGGARA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Longkang-longkang di reserve jalan JKR tidak pernah diselenggara sehingga naik pertumbuhan dan mendapan pasir. Nyatakan tindakan kerajaan selanjutnya.
Berdasarkan kepada Kontrak Jangka Panjang penyelenggaraan Jalan Negeri sedia ada, pusingan kerja bagi penyelenggaraan longkang untuk Secondary Road dan Minor Road di bawah JKR adalah 4 kali setahun manakala untuk Protocol dan Primary Road adalah 6 kali setahun.
Bagi memastikan kerja-kerja dilaksana dengan sempurna, pemantauan di tapak dilakukan secara kerap dan pengauditan secara berkala juga turut dilakukan bagi menyemak kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak konsesi.
Walau bagaimanapun, untuk Jalan Negeri di bawah kawalan JKR Negeri Selangor longkang yang terlibat di bawah kontrak penyelenggaraan sedia ada adalah longkang tepi jalan yang menyalurkan air larian permukaan dari jalan berkenaan sahaja. Longkang tebatan banjir ataupun discaj dari kawasan perumahan adalah di luar bidang kuasa pihak JKR.