Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

200) LONGKANG KAMPUNG MELAYU SUNGAI BULOH BERHAMPIRAN SIMPANG WARUNG KITA DAN SC NEIGHBOURHOOD MARKET, SUNGAI BULOH

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk menaik taraf sistem perparitan dan longkang yang lama di Kampung Melayu Sungai Buloh?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor tiada perancangan untuk menaik taraf sistem perparitan dan longkang yang lama di Kampung Melayu Sungai Buloh memandangkan sistem perparitan di kawasan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Pembangunan Luar Bandar (PLB) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak.

Lampiran

Tiada Lampiran.