Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

220) LONGGOKAN SAMPAH HARAM MASIH BANYAK DAN AKTIF PADA LOKASI SAMA DI DUN MERU. BAGAIMANA PENGUATKUASAAN DIBUAT?

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan Ôhot spotÕ longgokan di Jalan Meru, Jalan teratai dan keseluruhan Zon 42a, 42b & 42c? Senaraikan.

    Jumlah ‘hot spot’ longgokan sampah haram di DUN Meru adalah sebanyak sebelas (11) kawasan. Kawasan ‘hot spot’ tersebut seperti berikut:-

     

    ZON BIL. KAWASAN
    42 A 1. Jalan Pasar Malam
    42 B 1. Jalan Paip
    2. Jalan Meru Indah 20 (Depan Kaunter Pandu Buang)
    3. Jalan Hj Abdul Manan (Di IKS Kosong)
    4. Persiaran Batu Belah, Bukit Raja
    5. Persiaran Sg. Keramat, Bukit Raja

     

    ZON BIL. KAWASAN
    42 C 1. Jalan Teratai
    2. Jalan Dahlia (Dekat Jirat Cina)
    3. Jalan Pekan Baru 1 (Belakang Pelangi Court)
    4. Jalan Kedah
    5. Jalan Pekan Baru 34 dan 38

     

  2. Berapa kes kompaun telah dikeluarkan? Senaraikan.

    Sehingga 31 Julai 2015, satu (1) kompaun telah dikeluarkan (kesalahan membuang sampah) kepada individu warga tempatan berbangsa india dan satu

    • sitaan (lori 1 tan syarikat perabot) telah dibuat pada 29.6.2015 di kawasan DUN

     

  3. Apakah pelan tindakan jangka panjang mengatasi masalah ini?

    Pelan tindakan jangka panjang oleh Majlis untuk mengatasi masalah ini seperti berikut:-

     

    • Majlis menekankan pendidikan bagi mewujudkan rasa bertanggungjawab orang awam menjadikan Klang sebagai ‘daerah bebas sampah’ dan tindakan penguatkuasaan pada orang awam tentang pembuangan sampah untuk membasmi pembuangan sampah
    • Melaksanakan kerja-kerja pembersihan di sepanjang Jalan Teratai secara in-house pada setiap hari;
    • Mewajibkan kontraktor yang baru dilantik untuk mengambil sampah longgok tiga (3) kali seminggu;
    • Tindakan lebih tegas (penalti) dikenakan ke atas kontraktor yang mempunyai prestasi 90% dan ke bawah disyorkan untuk penamatan;dan

    Mewajibkan pengusaha restoran menyediakan tong sampah

Lampiran

Tiada Lampiran.