Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

167) LONGGOKAN SAMPAH HARAM DI JALAN MERU DAN JALAN PASAR MALAM MERU

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan oleh MPK bagi mencegah berulang dan berlanjutan masalah ini?

    Majlis Perbandaran Klang sentiasa membuat pemantauan di lokasi spot haram terutamanya di Jalan Meru dan Jalan Pasar Malam Meru sertu juga membuat tindakan penguatkuasaan yang lebih kerap di lokasi tersebut.

  2. Berapa bilangan tangkapan dan penguatkuasaan sita kenderaan di lokasi tersebut?

    Pada 29 Jun 2015, pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang telah membuat satu tangkapan dan tindakan sitaan kenderaan (lori 1 tan) di Jalan Meru manakala sepanjang tahun 2016 (Januari sehingga Jun) sebanyak 39 buah kenderaan pelbagai jenis telah disita dan sejumlah RM 48,598.00 nilai hasil  bayaran denda kerana membuang sampah di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang. Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di bawah Undang- Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Perbandaran Klang) 2007.

Lampiran

Tiada Lampiran.