Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
278) LONGGOKAN SAMPAH HARAM BATU 14, KAMPUNG SUNGAI SERDANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pihak kerajaan berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil?
Majlis Bandaraya Diraja Klang sentiasa cakna dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan. Ini bagi memastikan tiada lagi pembuangan sampah di kawasan ini.
-
Adakah pihak kerajaan akan membiarkan sahaja longgokan sampah tersebut?
Pihak Majlis telah mengambil tindakan pembersihan pada 25 dan 26 Mei 2023 dengan melibatkan 13 buah lori daripada Majlis dan 38 buah lori daripada pihak KDEBWM dengan jumlah sampah yang berjaya dibawa keluar adalah sebanyak 251 tan selama 2 hari berturut – turut.
-
Apakah jaminan tiada berlaku pencemaran kepada penduduk setempat?
Bagi memastikan tiada pembuangan berlaku di kawasan ini, pemantauan dari semasa ke semasa telah dijalankan. Pihak TNB juga telah memasang CCTV sebagai alternatif bagi memantau sekitar kawasan tersebut.