Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
209) LOMBONG PASIR HARAM
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak lombong pasir haram yang masih beroperasi di Selangor sekarang?
- Jumlah lombong pasir haram yang masih beroperasi (sehingga 5 Mac 2010) semakin berkurangan kerana bagi perlombongan pasir haram di atas tanah milik. Pentadbir Tanah Daerah telah diarahkan untuk mengeluarkan Notis 7A (perampasan tanah) kepada pemilik-pemilik tanah yang berkenaan. Bagi perlombongan pasir haram di atas tanah kerajaan pula, beberapa kelulusan baru telah diberikan kepada Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).
-
Nyatakan bilangan operasi serbu yang telah dilancarkan oleh Pejabat-pejabat Daerah di seluruh Selangor terhadap lombong-lombong pasir haram ini?
- Sejak Mac 2008 sehingga Mac 2010 sebanyak 280 serbuan / 3,040 tangkapan telah dilakukan oleh Pejabat-Pejabat Tanah di seluruh Negeri Selangor terhadap lombong- lombong pasir