Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
64) LOMBONG PASIR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan pemegang permit bagi lombong-lombong pasir di Daerah Petaling mengikut kawasan DUN.
Adalah dimaklumkan bahawa tiada sebarang aktiviti perlombongan pasir yang pernah direkodkan di Daerah Petaling. Oleh yang demikian Pentadbiran ini tidak menerima sebarang permohonan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang permit bagi lombong-lombong pasir di mana-mana kawasan DUN Daerah Petaling. Walau bagaimanapun, sehingga kini pentadbiran hanya menerima dan memproses permohonan simpanan stockpile pasir di atas tanah
-
Nyatakan laporan serta tindakan penguatkuasaan yang telah dilakukan terhadap kegiatan lombong pasir haram di daerah Petaling sejak tahun 2008.
Pejabat Tanah dan Daerah Petaling tidak pernah melaksanakan sebarang tindakan penguatkuasaan berkaitan kegiatan lombong pasir haram memandangkan tiada aktiviti melombong pasir yang pernah direkodkan di Daerah
-
Nyatakan garis panduan bagi memastikan kegiatan lombong pasir tidak akan menjejaskan alam sekitar.
Soalan ini perlu dirujuk kepada Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTGS).