Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

84) LOMBONG BIJIH TIMAH DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa buah lombong timah yang masih wujud di Selangor.

    Industri perlombongan bijih timah pada masa dahulu adalah di antara penyumbang
    utama kepada ekonomi Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, selepas kejatuhan
    harga timah pada awal tahun 80an, sektor perlombongan dilihat semakin kurang
    kompetatif berbanding industri lain. Mengikut rekod yang ada, pada tahun ini Negeri
    Selangor mempunyai enam Pajakan Lombong (PL) yang masih sah untuk
    perlombongan bijih timah tetapi lombong-lombong ini ditutup buat sementara waktu
    (tidak aktif) manakala satu daripadanya masih belum dikerjakan.

  2. Dimanakah lokasi yang paling utama

    Lokasi-lokasi Pajakan Lombong (PL) itu adalah seperti berikut, iaitu dua di Mukim Ulu
    Tinggi, Daerah Kuala Selangor; dua di Mukim Batang Berjuntai, Daerah Kuala Selangor
    dan dua lagi di Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat.

  3. Berapakah hasil keluaran tahunan yang masih diperolehi oleh negeri Selangor

    Memandangkan lombong-lombong tersebut ditutup buat sementara waktun(tidak aktif)
    ataupun tidak dikerjakan pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak memperolehi bayaran
    royalti bijih timah. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri memperolehi hasil daripada
    pembayaran premium cukai tanah oleh pemegang Pajakan Lombong (PL) tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.