Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
67) LOKASI PELANCONGAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana usaha Kerajaan Negeri dalam menaikkan pelancongan di Bukit Belacan yang terletak di Lembah Jaya, Ampang?
Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan Bukit Belacan juga dikenali sebagai Taman Eko Rimba Ampang (TERA) dalam proses penutupan sementara berikutan pembangunan dan pembinaan lebuhraya East Klang Valley Expressway (EKVE). Mengikut perjanjian, setelah kerja-kerja pembinaan lebuhraya siap, pihak syarikat konsesi EKVE adalah bertanggungjawab bagi kerja-kerja membaikpulih dan membangunkan semula TERA sebelum ianya dibuka semula kepada orang awam.
Pelan pemulihan ini dengan anggaran peruntukan sebanyak RM2,340,200.00 di mana melibatkan lima (5) zon rekreasi. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) merupakan agensi yang bertanggungjawab bagi memantau pelaksanaan pemulihan Taman Eko Rimba tersebut.