Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

317) LOKASI KAWASAN RISIKO BAHAYA DAN RISIKO BENCANA TANAH RUNTUH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan lokasi yang berisiko mengalami kejadian tanah runtuh dalam pentadbiran MPAJ dan senaraikan kawasan-kawasan berisiko atau hotspot tanah runtuh? Apakah Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian menyeluruh mengenai kawasan-kawasan sensitif dan berisiko tinggi di Ampang?

    Statistik Inventori Cerun:

    Dewan Negeri Jumlah cerun Status risiko cerun Pemasalahan cerun Pemilikan tanah
    Sangat bahaya Bahaya Kurang bahaya Geo-

    teknik

    Geologi Struktur MPAJ Kerajaan Individu / Pemaju / MC
    Hulu Kelang 88 17 9 62 70 13 5 12 6 70
    Bukit Antara-bangsa 134 47 30 57 91 26 17 48 9 77
    Lembah Jaya 81 29 7 45 62 9 10 25 18 38
    Teratai 71 26 13 32 41 23 7 24 21 26
    Jumlah 374 119 59 196 264 71 39 109 54 211
    374 374 374

     

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menjalankan kajian menyeluruh mengenai kawasan sensitif dan berisio tinggi melalui kerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Cerun.

Lampiran

Tiada Lampiran.