Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

33) LOJI RAWATAN AIR SEMENYIH 2 DAN LABOHAN

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan LRA Semenyih 2

    Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan No. 195 daripada

    Y.B. Semenyih kerana pertanyaan melibatkan perkara yang sama iaitu berkenaan Loji Rawatan Air Semenyih 2.

    Loji Rawatan Air Semenyih 2 telah siap dibina dan mula beroperasi pada 01 Mac 2018. Loji rawatan air ini telah berjaya mengeluarkan 100 JLH air terawat yang memenuhi parameter kualiti air yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Loji Rawatan Air Semenyih 2 membekalkan air terawat untuk diagihkan ke kawasan selatan Selangor termasuk kawasan Beranang, Semenyih dan sebahagian Hulu Langat. Air terawat yang dihasilkan di Loji Rawatan Air Semenyih 2 telah disalurkan ke Kolam Air Terminal Bangi. Secara tidak langsung, penyaluran tambahan air terawat ini telah menstabilkan dan meningkatkan paras Kolam Air Terminal Bangi.

    Kos pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 adalah sebanyak RM 187.5 juta

    seperti perincian berikut:

     

    Perkara

    Anggaran Perbelanjaan (RM)
    Pembinaan Loji Rawatan Air dan lain-

    lain fasiliti yang berkenaan

    155.5 juta
    Kerja-kerja    pembaikan    Kolam    Desa

    Putra

    7.2 juta

     

    Caj sambungan TNB 10.0 juta
    Bayaran pampasan pengambilan tanah 5.0 juta
    GST 9.8 juta
    KOS PEMBANGUNAN 187.5 JUTA

    Berdasarkan semakan awal dan perbincangan bersama pihak kontraktor, terdapat penjimatan dalam pelaksanaan pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2 yang mana jumlah penjimatan akan diperincikan setelah projek tamat pada 31 Mac 2018.

    Loji Rawatan Air Semenyih 2 yang dioperasikan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. telah memberi peluang pekerjaan kepada 24 orang dari kumpulan profesional dan bukan profesional yang akan mempunyai kemahiran dalam pengoperasian dan penyelenggaraan loji. Mereka termasuk jurutera, ahli kimia, juruteknik dan pekerja am.

     

     

  2. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan LRA Labohan Dagang.

    Setakat 25 Februari 2018, status pelaksanaan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang adalah seperti berikut:

    Bil Nama Pakej Kemajuan

    disasar (%)

    Kemajuan

    Sebenar (%)

    Lewat (Hari)
    1. PAKEJ A – Kerja-kerja Pengukuhan                                                  dan Pemuliharaan Kolam Pra- rawatan dan Kolam Utama Termasuk                   Membina

    Mukasauk di Sungai Langat.

    99.4% 62.4% 119 hari
    2. PAKEJ B – Membina, Menguji dan Mentauliah Tangki Air Konkrit Bertetulang Muatan 40ML, Kerja-kerja Cerun, Jalan Masuk Serta Kerja- kerja Berkaitan di Bukit Jugra, Kuala Langat,

    Selangor

    32.2% 18.6% 85 hari

     

    Bil Nama Pakej Kemajuan

    disasar (%)

    Kemajuan

    Sebenar (%)

    Lewat (Hari)
    3. PAKEJ C1 – Membekal, Memasang, Menguji dan Mentauliah Paip M.S. Bergarispusat 1800 Mm serta Kerja-kerja Berkaitan dari Loji Rawatan Air Labohan Dagang ke Jalan Sukun, Kanchong Darat, Kuala Langat, Selangor 89.8% 65.4% 133 hari
    4. PAKEJ C2 – Membekal, Memasang, Menguji dan Mentauliah Paip M.S. 1800 mm serta Kerja-kerja Berkaitan dari Jalan Sukun, Kanchong Darat ke Jalan Bukit Jugra 58.2% 46.1% 65 hari
    5. PAKEJ D – Menguji dan Mentauliah Sebuah Loji Rawatan Air Berkapasiti 200 Mld serta Kerja-Kerja Berkaitan di Labohan Dagang, Kuala Langat, Selangor 25.0% 21.0% 17 hari

    Secara amnya, kemajuan sebenar di tapak bagi keseluruhan projek telah mencapai 35%. Buat masa ini pihak kontraktor sedang dalam usaha untuk menyiapkan kerja di tapak berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Pembangunan LRA Labohan Dagang perlu disiapkan pada Disember 2018 bagi membekalkan air terawat tambahan untuk kegunaan pengguna di Kuala Langat dan kawasan sekitar.

  3. Sila huraikan secara terperinci berapakah kapasiti air bersih yang bakal dihasilkan oleh kedua-dua LRA dan impak positif terhadap industri Air Selangor.

    Pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 telah berjaya meningkatkan bekalan air terawat sebanyak 100 JLH dan tambahan bekalan air ini akan digunakan bagi menampung permintaan khususnya di kawasan selatan Selangor termasuk kawasan Beranang, Semenyih dan sebahagian Hulu Langat

    Manakala pembangunan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang pula akan membekalkan tambahan sejumlah 200JLH kapasiti air terawat untuk kegunaan pengguna di sekitar kawasan Kuala Langat.

    Dengan siapnya pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang, reserved margin air di Negeri Selangor akan meningkat daripada 3% pada akhir tahun 2017 kepada 9.8% pada akhir tahun 2018. Pertumbuhan pembangunan yang begitu pesat dalam sektor perumahan dan industri di negeri Selangor memerlukan Kerajaan Negeri untuk sentiasa bersedia dan mengambil langkah proaktif dalam menyediakan sumber bekalan air mentah dan air terawat.

Lampiran

Tiada Lampiran.