Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
116) LOJI RAWATAN AIR RASAU PHASE 1
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status pembangunan Loji Rawatan Air Rasau Phase 1.
Pembangunan Loji Rawatan Air Rasau Fasa 1 kini masih di peringkat kajian kebolehlaksanaan (“feasibility study”) oleh jurutera perunding yang dilantik oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.
-
Adakah status kini mengikut jadual pembangunan yang dirancang?
Pembangunan LRA Rasau Fasa 1 masih mengikut jadual, iaitu di peringkat kajian kebolehlaksanaan (“feasibility study”) dan kajian ini dijadualkan akan siap pada penghujung tahun 2020.
-
Sila bekalkan Gantt Chart LRA Rasau Phase 1.
Air Selangor baru sahaja mengemukakan pelan perniagaan yang baru dipinda akibat pandemik COVID-19 kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk kelulusan. Setelah pelan perniagaan ini diluluskan oleh SPAN dan kajian kebolehlaksanaan siap sepenuhnya, barulah Air Selangor akan membuat perancangan terperinci untuk Pembangunan Loji Rawatan Air Rasau Fasa 1.