Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

118) LOJI RAWATAN AIR (LRA)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perkembangkan terkini bagi pembinaan LRA Labohan Dagang dan Semenyih 2

    a) dan b)

    • Saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan No. 42 dari Y.B. Tanjung Sepat, No. 118 dari Y.B Kinrara dan No. 241 dari Y.B. Kg Tunku bersekali kerana kesemua pertanyaan ini melibatkan perkara yang sama, iaitu berkenaan pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan Labohan

     

    • Projek pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 dijadualkan siap pada 19 Disember 2017. Pada ketika ini, kerja-kerja di tapak setakat 30 September 2017 telah mencapai 87%. Kerja-kerja pemasangan kabel TNB juga berjalan lancar dan dijangkakan penyambungan elektrik ke loji akan diaktifkan pada pertengahan bulan November ini. Kerja-kerja Testing & Commissioning Loji Rawatan Air dijangka akan bermula pada akhir November

     

    1. Seterusnya, bagi Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan Dagang, ia telah disusun kepada lima (5) pakej iaitu:-

     

    Bil Nama Pakej Tarikh Mula Tarikh Siap
    1. PAKEJ A – Kerja-kerja Pengukuhan dan Pemuliharaan Kolam Pra-rawatan dan Kolam Utama Termasuk Membina

    Mukasauk di Sungai Langat.

    14 September

    2016

    13 Mac 2018
    2. PAKEJ B- Pembinaan Tangki Air 14 Oktober 27 April 2016

     

    Bil Nama Pakej Tarikh Mula Tarikh Siap
      Konkrit   Bertetulang Muatan 40

    Juta Liter (JL) di Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor.

    2016  
    3. PAKEJ C1 – Membekal, Memasang, Menguji dan Mentauliah            Paip            M.S. Bergarispusat 1800 Mm serta Kerja-kerja Berkaitan dari Loji Rawatan Air Labohan Dagang ke Jalan Sukun, Kanchong Darat, Kuala Langat, Selangor 09 Disember

    2016

    07 Jun 2018
    4. PAKEJ C2 – Membekal, Memasang, Menguji dan Mentauliah            Paip            M.S. Bergarispusat 1800 Mm serta Kerja-kerja Berkaitan dari Loji Rawatan Air Labohan Dagang ke Jalan Sukun, Kanchong Darat,

    Kuala Langat, Selangor

    14 Februari

    2017

    13 Ogos 2018
      PAKEJ D – Menguji dan Mentauliah Sebuah Loji Rawatan Air Berkapasiti 200 Mld serta Kerja-Kerja Berkaitan di Labohan

    Dagang, Kuala Langat, Selangor

    07 Julai 2017 11 Oktober

    2018

     

    • Pada ketika ini kerja-kerja di tapak telah bermula dan kerja-kerja pembinaan dijangka mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setakat 24 Oktober 2017, kemajuan sebenar di tapak bagi keseluruhan projek Labohan Dagang telah mencapai 12%. Projek ini dijadualkan siap dan beroperasi sebelum Disember 2018.

     

    • Berkenaan dengan pengambilan balik tanah yang terlibat bagi kedua-dua projek Semenyih 2 dan Labohan Dagang, ia telah diselesaikan sepenuhnya. Bagi tanah-tanah yang telah dikemukakan Borang G dan H oleh Pejabat Tanah, pembayaran balik telah pun diselesaikan. Terdapat juga beberapa pemilik tanah yang mengemukakan Notis Bantahan ke atas nilai pampasan yang telah dipersetujui dan merujuk perkara ini ke Mahkamah. Kerajaan Negeri akan membayar nilai sebenar pampasan sebagaimana yang akan ditentukan oleh Mahkamah bagi kes-kes bantahan

     

    • Bagi Projek Semenyih 2, lot tanah persendirian yang terlibat adalah sebanyak 3 lot sahaja. Manakala bagi Projek Labohan Dagang, tanah persendirian yang terlibat untuk keseluruhan projek adalah sebanyak 100 lot dan jumlah keluasannya adalah sebanyak 1837hektar.

     

    • Y.B Kg. Tunku juga ada bertanyakan mengenai status Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2, ia dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Melalui maklumat yang diperoleh, setakat 23 Oktober 2017, kerja-kerja sebenar di tapak telah mencapai 64.47% berbanding jadual sebanyak 71.40%. Tarikh jangkaan siap keseluruhan projek dijadualkan pada akhir tahun 2019.
  2. Sejauh manakah penyelesaian terhadap pengambilan tanah bagi kedua-dua LRA tersebut?

Lampiran

Tiada Lampiran.